Semestinya ketika Syawal banyak jemputan rumah terbuka akan kita kunjungi, Amalan ziarah adalah menjadi satu kemestian kerana disinilah lahirnya silaturahim akan menjadi lebih kuat dan sangat bermakna. Tetapi kita harus ingat dan berhati-hati dengan makanan dan minuman yang diambil. Jangan kerana terlaju teruja berjumpa rakan dan sanak saudara maka semuanya dilupakan.
Musim perayaan adalah waktu di mana mudahnya penyakit "BERGERAK". Gejala keracunan makanan adalah paling mudah & sinonim menyerang.Keracunan makanan disebabkan oleh pengambilan makanan dan minuman yang dah tercemar. terdapat 6624 kes Keracunan pada tahun 2007. Walaupun sudah banyak kempen kebersihan telah dilancarkan tetapi masalah ini masih belum tahu apakah PENYEBAB utama terjadinya masalah ini, Antaranya:
1.Bakteria atau racun (toksik)
2.Bahan Kimia seperti racun serangga
3.Logam berat seperti raksa,plumbum & tembaga
4.Tumbuhan serta hasil laut yang beracun seperti kulat dan cendawan selain hidupan lauk bercangkerang (kerang, siput dll)
Seseorang yang terkena keracunan makanan akan memberikan tindakbalas seperti loya,cirit-birit, muntah-muntah,sakit perut,demam,bepeluh dengan banyak,sakit kepala dan keletihan. Keracunan boleh menyerang peringkat umur, tidak kira tua atau muda. Ini kerana rata-ratanya berisiko. Oleh yang demikian kita seharusnya memberi lebih penekanan terhadap penjagaan kebersihan sama ada utk diri sendiri, keluarga dan kawasan persekitaran. Jangan kita mengambil mudah semua perkara kerana penyakit tidak nampak didepan mata. Bagi kes yang berat, kesan daripada keracunan makanan ini boleh mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi yang berpanjangan dan jika tidak ditangani boleh membawa KEMATIAN.
Punca Keracunan
#Makanan yang ditinggalkan pada suhu bilik bagi satu tempoh masa yang lama melebihi 4jam
#Makanan yang tidak dimasak dengan sempurna
#Makanan yang tidak disimpan dengan baik, iaitu bahan mentah tidak disimpan bersama makanan yang telah di masak
#Makanan yang telah sejuk tidak dipananskan dengan sempurna
#Daging,ayam,ikan atau makanan sejuk beku tidak dinyah beku dengan sempurna sebelum dimasak
#Pengendalian makanan tidak bersih
#Makanan telah disediakan oleh individu yang berpenyakit @ pembawa penyakit
Langkah Pencegahan
Semestinya ia menimbulkan kebimbangan dihati kita, lebih-lebih lagi pada hari raya kerana ramai yang akan mengunjungi "OPEN HOUSE". Tapi anda janganlah risau kerana setiap masalah mesti ada jalan penyelesaiannya. Terdapat cara mudah yang boleh dipraktikkan untuk mengesan atau mengelak keracunan makanan, disini NA akan bagi tips untuk elakkan keracunan makanan"
1.Jaga Kebersihan Diri
Jadikan amalan membasuh tangan sebagai amalan kemestian, tidak kiralah ketika ingin mengendalikan makanan atau keluar dari tandas. Sebaiknya gunakanlah sabun dan basuh sebersihnya d permukaan serta peralatan yang hendak digunakan untuk memasak. Pada masa yang sama, ambil berat tentang kawasan sekitar dengan mengelakkan kehadiran serangga, makhluk perosak dan haiwan-haiwan lain.
2. Asingkan Makanan Mentah
Sekiranya anda ingin menyimpan ayam yang masih belum masak,pastikan ia diletakkan dibahagian sejuk beku. Jangan sesekali campurkan makanan yang telah siap dimakan dengan ayam berkenaan kerana bimbang membiaknya bakteria. Pada masa yang sama, gunakan perkakasan yang berbeza seperti pisau dan papan pemotong untuk makanan yang telah dimasak dan makanan mentah.
3. Simpan Pada Suhu Betul
Menyimpan makanan perlu menggunakan cara yang betul , Jangan sesekali mendedahkan makanan yang siap dimasak pada suhu bilik melebihi tempoh 4jam. Cara paling praktikal ialah dengan meletakkan makanan tersebut kedalam peti sejuk sekiranya tidak di makan lagi bagi mengelakkan masalah basi dan pencemaran lain.
4.Pilih Kedai yang Bersih
Ini adalah tanggungjawab kita dalam memilih kedai makan yang berih. Sebelum kita memesan makanan, sebaiknya berpura-pura mencari tanda agar nnt kita dapat melihat sendiri suasana dapur dan tandas kedai makan tersebut. Anda jangan sesekali tertipu dengan imej bahagian depan kedai berkenaan kerana macam-macam boleh terjadi ditemmpat yang bertutup.
****Jika terkena Keracunan Makanan****
@Segera ke klinik atau hospital bagi mendapatkan rawatan
@Ikut segala nasihat doktor
@Simpan makanan yang disyaki untuk siasatan oleh pegawai berkuasa
@Pastikan tiada orang lain makan makanan tersebut
@Maklumkan dengan segera ke Pejabat Kesihatan Daerah Terdekat
No comments:
Post a Comment