Monday, 26 May 2014

PETUA SIHAT DAN CANTIK



Khasiat Limau Purut

Dengan memasukkan pati minyak limau purut dalam mandian dapat menghilangkan bau badan serta melembutkan kulit.

Dapat melancarkan sistem pernafasan dengan menyapukan pati minyak limau purut pada dada, tengkuk dan belakang badan.

Dengan sedikit garam dan daun limau purut yang ditumbuk halus dapat mengelak dari masalah kekuningan pada gigi.



Khasiat pucuk betik

Mengatasi sakit migrain.
Merendahkan tahap kolestrol dalam darah.
Menurunkan tekanan darah tinggi.
Melangsingkan badan.




Khasiat madu lebah

Mengembalikan kekuatan tubuh badan. 
Menambah darah. 
Mengelak cacing perosak dalam perut. 
Menambah kelazatan makanan. 
Tidak menganggu selaput dinding sistem penghadaman.
Mudah dan cepat diserap oleh badan.
Membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan dengan cepat.
Membantu memulihkan tenaga ahli sukan atau sesorang yang menggunakan tenaga dengan banyak.





khasiat daun sup

Seperti tumbuhan lain, daun sup juga mempunyai pelbagai khasiat. Antaranya adalah ia dapat menurunkan tekanan darah tinggi. 

Cara yang boleh diamalkan untuk menurunkan tekanan darah tinggi adalah, ambil sedikit daun sup, hiris kecil-kecil dan tumbuk bersama sedikit gula. Setelah ditumbuk lumat, campur kan sedikit air. Kacau rata, tapis dan ambil airnya. 

Amalkan meminum air daun sup ini tiga kali sehari untuk mendapatkan kesan yang optimum. Cara lain yang lebih mudah adalah dengan merebus daun sup. Amalkan meminum air rebusan ini tiga kali sehari.

Antara khasiat lain daun sup adalah, ia boleh digunakan untuk mengubati masalah keracunan berpunca dari jangkitan bakteria, menghentikan pendarahan dan juga membaikpulih fungsi hormon yang terganggu seperti ketika haid. Untuk kecerdasan otak juga daun sup dapat digunakan sebagai baja otak. Berilah pada anak-anakkerana daun sup tak mahal tapi khasiatnya sangat banyak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...