Thursday, 14 August 2014

Cara Cepat Legakan Sakit Tekak

Musim panas kerap minum minuman berais dan anda banyak pula makan daging yang dihidangkan di majlis rumah terbuka, merupakan ramuan yang sangat tepat untuk anda diserang sakit tekak. Siapa yang hendak diserang sakit tekak. Rasa sakitnya kadang-kadang terlalu perit untuk dibiarkan begitu sahaja. Anda sukar bercakap, makan dan minum.

Jadi apakah cara yang cepat untuk melegakan sakit tekak? Bila muncul rasa perit di tekak, anda perlulah minum banyak air dan ambil Vitamin C kerana ia menunjukkan tubuh anda kekurangan air. Langkah ini kalau diamalkan mungkin akan memakan masa 2-3hari sahaja.

Kalau tidak berjaya (anda terus diserang sakit tekak) anda perlu lakukan sedikit pengorbanan. Elakkan makan manis dan masin termasuklah minuman sejuk dan berais kerana boleh menyebabkan tekak semakin gatal.

Setelah itu, amalkan nengambil ubat kumur. Selain yang dijual secara komersial anda boleh juga menggunakan air yang dicampurkan dengan garam. Lakukan beberapa kali dan cara ini boleh membantu melegakan sakit tekak.

Terdapat banyak ramuan untuk melegakan sakit tekak, Sakit tekak boleh disebabkan oleh jangkitan virus dan bakteria. Jika virus, ia boleh mengakibatkan diserang demam da selesema. Harus diingatkan, jumpalah doktor demi kesihatan kita.

Jom ikuti petua ini;

Teh Herba - salah satu ubat sederhana pereda sakit tekak adalah teh herba. Teh Herba yang dapat dimanfaatkan sebagai ubat sakit tekak antaranya teh hijau, teh lemon dan teh chamomile

Madu & Lemon - Salah satu resipi kuno yang patut dicuba ialah campuran lemon dan madu. Ramai yang sedia maklum cara ini. Ambil 1 sudu teh @ 5ml madu, 5ml air lemon dan 5ml air halia. Ini akan membantu mengeluarkan lendir dan meredakan tekak yang sakit. Madu dan lemon juga dapat dibuat menjadi minuman teh lemon dengan madu. caranya ialah campur 2sudu teh madu, 1sudu teh air perahan lemon kedalam 250mlm air panas. Anda boleh tambahkan 1sudu gula jika mahu.

Susu Kayu Manis- Meredakan sakit tekak dapat dilakukan dengan meminum susu kayu manis. Campur 250ml susu tawar dengan 1/8 sudu teh serbuk penaik, 1sudu makan gula pasir, 1sudu teh madu dan 1/2 susu teh kayu manis. Kacau rata kayu manis,gula pasir dan serbuk penaik. Baru tambahkan susu dan kacau lagi hingga 1minit. Panaskan di atas dapur dengan api kecil hingga hanggat (jgn sampai mendidih) Tambahkan madu setelah susu hangat dan dihidangkan..

Selamat mencuba dan cepat sembuh.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...