Tips Untuk Kekal Cantik & Berseri-seri
Ramai yang sanggup berhabisan semata-mata untuk kelihatan cantik. Apatah
lagi dengan adanya pelbagai tehnologi terkini telah membuka ruang
kepada sesiapa sahaja untuk kelihatan lebih muda dari usianya. Namun
begitu, anda memerlukan perbelanjaan yang tinggi bagi mendapatkan
rawatan kecantikan seumpama ini.
Bagi yang kurang berkemampuan, anda masih mempunyai belbagai cara untuk
mengekalkan kecantikan tanpa berbelanja mahal. Asalkan, anda bijak
menggunakan peluang dan kesempatan yang ada di sekeliling anda:
Biasakan diri anda untuk mandi dengan air sejuk. Terutamanya di awal
pagi. Elakkan daripada menggunakan air panas dengan kerap kerana akan
menyebabkan kulit menjadi kering. Selain itu hindari mandi dengan air
panas, kemudian dibilas dengan air sejuk. Kerana akan membuat kulit
menjadi kasar. Bagi melembabkan kulit pula, sapukan pulak losyen sebaik
sahaja selepas mandi.
Untuk mendapatkan kulit wajah yang halus gunakan gunakan pembersih dan
pelembab yang sesuai dengan kulit. Seminggu sekali manjakan wajah anda
dengan masker. Pada waktu malam gunakan krim malam bagi menanggalkan
sel kulit mati dan memperbaiki struktur kulit. Jika wajah sellau
terdedah pada penghawa dingin atau cahaya matahari pastikan anda
menggunakan pelembab dan krim pelindung matahari yang bersesuaian.
Minyak zaitun sangat efektif bagi mengatasi masalah kekeringan kulit.
Untuk mendapatkan kuku yang sihat dan lembut, gunakan minyak zaitun yang
telah dipanaskan pada bahagian kuku. Minyak zaitun juga boleh untuk
menanggalkan sisa solekan mata anda.
- Senantiasa membersihkan sisa solekan
Sikap malas membersihkan sisa solekan terutamanya akibat keletihan
seringkali menjadi punca kepada masalah kulit. Apabila sisa solekan
tidak di bersihakan dengan sempurna, ia akan menyebabkan pori-pori kulit
tersumbat serta seterusnya menimbulkan masalah kulit bermiyak,
berjerawat dan berjeragat. Justeru, bersihkan wajah anda setiap kali
sebelum tidur. Gunakan pembersih atau susu pembersih yang bersesuaian
Tabiat makan anda juga merupakan salah satu punca kepada masalah kulit
serta kesihatan tubuh. Jadikan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai
kudapan wajib pada setiap hari. Serat dan vitamin yang terdapat dalam
buah dan sayur amat berguna untuk kesihatan kulit anda.
- Senantiasa berfikiran positif
Usah bebankan fikiran anda dengan belbagai masalah. Tekanan atau terlalu
memikirkan masalah sebenarnya mampu membuatkan diri anda kelihatan
lebih tua dari usia. Senantiasa berfikiran positif dan ceria selalu.
Misalnya ketawa. mampu mengencangkan otot wajah sekaligus menjadikan
wajah anda senantiasa muda dan segar.
No comments:
Post a Comment