Apabila seseorang wanita atau isteri disahkan hamil, ia merupakan saat yang paling teruja dan gembira di dalam hidup. Terutama sekali bila mengandung anak pertama. Disini Na ingin memberi panduan serba sedikit untuk ibu yang sedang hamil.
- Untuk mendapatkan anak yang cerdik, semasa mengandung para ibu-ibu mestilah mengambil pemakanan yang seimbang dari sebelum mengandung sehinggalah sebelum melahirkan anak
- Sebelum mengandung, ibu-ibu harus memastikan mereka mendapatkan semua nutrisi yang sangat diperlukan iaitu zat asid folik, zat besi. kalsium dan vitamin-vitamin bagi menyiapkan badan mereka untuk melahirkan anak yang sihat dan tidak mempunyai kecacatan disebabkan oleh kekurangan sesetengah zat.
- Semasa mengandung pula, tersangat penting bagi ibu-ibu untuk mengambil sumber makanan yang mengandungi lemak yang baik dan protein. Ini kerana hampir 60% daripada otak bayi dibuat daripada lemak dan yang selebihnya memerlukan protein.
- Selain daripada itu, DHA dan AA juga merpakan salah satu jenis lemak yang sangat bagus. Sumber makanan yang mengandungi lemak tinggi dengan DHA dan AA penting untuk perkembangan otak kandungan. Untuk memastikan ibu-ibu mendapatkan anak-anak yang cerdik, Anda seharusnya mendapatkan DHA dan AA yang secukupnya.
- Dengan memastikan pemakanan yang sihat dan seimbang, ibu-ibu dapat melahirkan anak-anak yang sihat. Ini disebabkan apa yang ibu-ibu makan akan terus menjejaskan kandungan mereka. Selain itu juga, ibu-ibu digalakkan untuk menyusukan bayi mereka kerana susu ibu merupakan sumber yang paling penting untuk mereka mendapatkan nutrisi yang baik dan seimbang selain daripada susu formula
- Cara hidup dan pemakanan yang sihat menyumbang kepada kecerdikan seseorang kanak-kanak. Oleh itu, adalah sangat penting bagi ibu bapa memastikan anak-anak mereka mempunyai cara hidup dan pemakanan yang sihat. "You are what you eat"
1. Susu
2. Bayam
3. Labu
4. Ubi Kentang
5. Brokoli
6. Germa Gandum
7. Mangga
8. Madu
9. Ikan Salmon.
Selain itu, SHAKLEE telah menyediakan supplement yang sangat terbaik untuk ibu yang sedang Hamil, Berpantang dan Menyusu. Jom Kita try yang selamat, semulajadi dan mesra alam
Zuliana
019-9964834
No comments:
Post a Comment