Memulakan hari dengan air lemon suam mempunyai banyak khasiatnya terhadap kesihatan. So Na akan ceritakan kehebatan mengambil air lemon di waktu pagi.
Membantu penghadaman
Air suam bukan sahaja dapat membantu merangsang saluran penghadaman malah lemon juga dapat mengaktifkan dan membersihkan hati. Ia juga mampu menyingkirkan asid penghadaman dalam proses menghadamkan makanan dan menyingkirkan bahan buangan.
Menyokong Sistem Imun
Buah-buahan sitrus seperti lemon sangat kaya dengan Vitamin C dan Asid Askorbik. Vitamin C membantu menentang selesema. Makanala Asid Askorbik membantu penyerapan zat besi yang juga memainkan peranan dalam fungsi sistem imun.
Mengalkalikan tubuh
Jika tubuh anda berdepan keseimbangan PH yang kronik, bermakna penyakit akan mudah menyerang. Walaupun lemon bersifat asid, ia mempunyai keupayaan untuk mengalkalikan yang tinggi selain cara terbaik bagi memastikan keseimbangan PH tubuh berada dalam paras yang sepatutnya terutamanya jika diet anda kaya dengan daging dan keju.
Membantu detoksifikasi
Air lemon adalah diuretik semulajadi yang mana membantu tubuh menyingkirkan cecair dan toksin bersama. Asid sitrik yang terkandung didalamnya membantu memaksimumkan enzim yang merangsang hati.
Pemberi tenaga
Ramai yang mengaku dengan mudah berjaya melupakan kopi selepas beberapa hari minum air lemon.Kombinasi air dan lemon membantu hidrasi dan meningkatkan paras oksigen dalam darah dan memberikan anda rasa hebat.
Mencantikkan kulit
Dehidrasi yang kronik boleh menyebabkan kulit kelihatan kusam. Jadi mulakan hari anda dengan langkah dengan meminum air lemon. Vitamin C memainkan peranan sangat penting dalam mengekalkan kulit yang sihat dan sebagai antioksidan bagi mencegah penuaan.
No comments:
Post a Comment