Assalamualaikum.....entry hari ini, na nak citer tentang warna la...Warna ni sangat mempengaruhi aura penampilan kita. Adakah anda semua tahu yang warna mempunyai aura tersendiri. Pemilihan warna yang tepat dan terbaik akan membuatkan kita tampil anggun dan lebih menawan. Warna bukan sahaja dipilih berdasarkan tona kulit atau kegemaran sebaliknya ia berdasarkan hari.
Setiap hari mewakili warna-warna tertentu pemakaian baju atau aksesori mengikut warna tersebut yang akan menyerlah aura positif dalam diri kita. Jom kita kenali aura warna mengikut hari.
Putih Polos
Hari isnin merupakan permulaan hari, lantaran itu amat penting untuk kita memilih rona pakaian yang sesuai untuk membantu kita membangkitkan mood. Putih adalah pilihan yang sangat sesuai kerana ianya warna polos dan suci. Selain itu ia dapat membantu minda kita relaks dan persiapkan diri untuk memulakan hari. Warna putih memberikan impak bersih dan tenang kepada si pemakai. Tidak semestinya anda menggayakan semua busana putih sebaliknya sedikit palitan wana ini sudah mencukupi.
Kekuatan Merah Jambu dan Ungu
Rona-rona lembut sentiasa menjadi pilihan terutamanya kaum Hawa. Merah jambu dan ungu mewakili imej sopan dan manis. Warna ini memberikan aura yang sangat positif. Pemakaiannya menjadi lebih bersemangat dan yakin untuk kita melaksanakan segala urusan atau tugasan yang diamanahkan. Gayakanlah salah satu rona ini dan nikmati sensasi aura warna tersebut.
Biru Adalah Hari Membuat Keputusan
Bagi orang yang sangat arif tentang warna, mereka akan memilih warna Biru untuk hari Rabu. Ini kerana, Biru melambangkan ketenangan, kematangan, dan rasional. Warna biru juga akan mempengaruhi agar dapat membuat keputusan yang tepat dan bijak.
Oren & Kuning Menceriakan
Hari Khamis adalah hari yang sangat sibuk bagi kebanyakan orang. Hari berikut adalah kemuncak untuk memastikan urusan minggu tersebut berjalan lancar. Lantaran itu, Warna Kuning dan Oren atau Jingga dijadikan pilihan. Warna ini mempunyai tenaga luar biasa ianya dapat membiaskan keceriaan dan mebuatkan si pemakai aktif serta bertenaga.
Hijau Menyegarkan
Melihat warna hijau bagaikan terapi selepas berpenat lelah. Warna ini amat sesuai digayakan pada hari Jumaat. Aura Hijau dapat memancarkan kesegaran dan memberi terapi istimewa kepada kita. Pilih kumpulan warna rona hijau yang sesuai dengan diri anda, sama ada hijau muda, pucuk pisang atau hijau tua....
Merah Penuh Tenaga.
Selepas memerah otak, Sabtu adalah hari untuk beristirehat bersama keluarga atau kawan-kawan. Pastinya hari tersebut penuh dengan aktiviti menarik, jadi usah ragu-ragu untuk menggayakan rona merah. Bukan sahaja menarik perhatian malah warna ini dapat memberikan tenaga luar biasa buat kita.
Hitam Penutup Hari
Ahad adalah hari yang memang fully untuk berehat kat rumah, anda memerlukan privasi untuk menenangkan fikiran dan merehatkan tubuh bagi memulakan hari baru. Rona-rona gelap dapat membantu kita mendapatkan mood bagi tujuan tersebut.
No comments:
Post a Comment