Sunday, 8 February 2015

Penyediaan Makanan Sewaktu Anak Sakit





Apabila anak kita mengalami sakit, maka ia tidak bernafsu untuk makan. Si ibu  menjadi bingung dan resah apabila setiap kali anak menggeleng kepala apa kita menawarkan makanan. Sedangkan perutnya masih kosong dan perlu diisi. Jika dia biarkan perutnya kosong ini akan makin memudaratkan lagi kesihatannya.

Salah satu cara untuk memancing selera anak adalah dengan menyediakan makanan yang sangat sesuai dengan gangguan kesihatan yang sedang dialami. Ini adalah kerana setiap masalah kesihatan yang dialami anak, ibu hendaklah menyediakan hidangan yang berbeza-beza.

Selesema.- Cara terbaik untuk melawan selesema ialah dengan memberikan istirehat yang secukupnya dan mengambil makanan yang sangat berkhasiat. Keperluan tenaga dan protein yang lebih tinggi dibandingkan dengan keadaan normal kerana metabolismanya akan meningkat. Untuk memastikan dia selesa dan berselera untuk makan, pilihlah makanan yang berkuah.Sup adalah makanan yang sangat sesuai diambil ketika anak-anak selesema.

Batuk- Batuk ialah bukan penyakit tapi ia adalah mekanisme pertahanan tubuh di saluran pernafasan. Ia merupakan gejala penyakit atau reaksi tubuh terhadap iritasi yang berlaku di tekak. Sama juga seperti selesema, ianya membuat pertahanan tubuh anak lebih kuat, memerlukan tenaga dan lebih protein. Agar lebih selesa ketika makan, pilihlah makanan yang lembut, berkuah untuknya. Ibu juga boleh memberinya air suam yang dicampur halia dan madu. Hindarilah makanan yang boleh membuatkan batuk bertambah, elakkannya memberikan makanan bergoreng, makanan manis dan sejuk.

Cirit-birit- Jika pencernaan terganggu akibat cirit birit pilihlah makanan yang mudah dicerna dan diserap. Buah dan sayur yang berserat rendah yang sesuai untuknya ialah pisang, epal, lobak, aprikot, kentang dan kekacang. Bahan makanan ini mengandungi pektin bagi membantu menyerap air. Hindarilah makanan pedas, masam, berserat tinggi dan juga makanan berlemak tinggi yang mengandungi susu dan santan.

Sembelit- Ianya biasa dihadapi oleh kanak-kanak yang jarang makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Kurangnya serat membuatkan pengeluaran najisnya terganggu. Bagi mengatasinya, pilihlah makanan yang berserat timggi iaitu buah betik, oren, avokado dan plum.Berikan air masak 1liter -1.15liter untuk melancarkan pencernaannya.

Ulser- Sewaktu menghidapi ulser, tentu sukar untuk anak-anak memasukkan makanan ke dalam mulut. Sebaliknya pilihlah makanan  yang mudah  untuk dimakan iaitu bubur dan jus. Pastikan dia dapatkan karbohidrat yang secukupnya. Jika anak sukar mengunyah nasi, anda boleh menggantikan dengan sumber karbohidrat lain yang lebih lembut seperti kentang, ubi, tepung. Pilih juga makanan yang mengandungi Vitamin C yang tinggi seperti Oren, Strawberi, Totamo, Kiwi dan Brokoli




Selain itu juga, pemberian supplement untuk kanak-kanak boleh mengelakkan anak-anak mengalami masalah tersebut. Dengan pengambilan supplement yang konsisten, insyaallah anak anda sukar dihidapi demam, selesema, batuk dan sebagainya. Ini boleh menjimatkan kos untuk rawatan ke klinik. JIMAT MASA, JIMAT WANG, SAYANGI ANAK ANDA DENGAN MEMBERIKAN SUPPLEMENT SHAKLEE YANG TERBAIK

Jom laburkan sedikit duit untuk kesihatan anak-anak.

Hubungi saya, untuk dapatkan supplement kanak-kanak,

Zuliana
019-9964834
https://www.facebook.com/julia.nurticha

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...