Adakah anda pernah berhadapan masalah ngilu di bahagian sendi? Dalam istilah perubatan ianya dikenali sebagai ARTRITIS. Mungkin nampak ringan tetapi orang yang merasainya pasti mengetahui betapa DERITAnya menanggung penyakit ini,
Disamping mengamalkan gaya hidup yang sihat, pemakanan juga perlu diambil kira. Antara penyediaan atau makanan yang tidak sepatutnya diambil ialah:-
Makanan Bergoreng - Makanan ini memang sedap tetapi ia tidak boleh dijadikan amalan kerana memberi kesan jangka panjang terhadap kesihatan. Dikatakan individu yang gemar mengambil makanan bergoreng boleh mendatangkan impak negatif terhadap radang sendi melalui radang yang berlaku semakin teruk dan berpunca oleh pertambahan berat badan. Ini secara tidak langsung mendatangkan tekanan yang lebih banyak di bahagian sendi.
Garam- Pertambahan kandungan garam di dalam tubuh hanya akan memburukkan masalah radang sendi. Oleh itu, segeralah menghindari makanan yang menggunakan jumlah garam yang tinggi seperti makanan segera, snek ringan dan sebagainya.
Daging- ramai yang sedia maklum bahawa daging mempunyai zat besi yang tinggi. Walau bagaimanapun penghidap sakit sendi dimestikan untuk mengelak atau menghentikan terus pengambilan daging dalam menu masakan sehari-hari. Ini disebabkan kandungan lemak yang terdapat dalam daging boleh menjadi bahan beracun sekali gus memburukkkan masalah radang yang dirasai.
Alkohol dan Rokok- Merokok dan mengambil alkohol dalam tempoh yang kerap merupakan tabiat yang buruk. Penghidap sakit sendi yang mementingkan kesihatan mesti menjauhi Alkohol dan merokok.
Gluten- Ialah sejenis protein yang terdapat didalam gandum dan bijirin yang lain. Bagi individu yang menderita sakit sendi seeloknya menghindari jenis makanan seperti ini lantaran gluten yang terkandung didalamnya,
Produk berasaskan susu- Kandungan protein didalam susu berupaya merosakkan sistem antibodi yang mana ia diketahui berupaya melindungi tubuh dari masalah peradangan . Individu yang bertarung dengan penyakit sendi sebaiknya mengelak dari mengambil susu atau produk yang menggunakan ia sebagai bahan utama.
Walaupun ramai yang menganggap sakit lutut, sendi dan tulang ini sinonim dengan golongan warga emas, tetapi sebenarnya tidak. Hakikatnya, sesiapa sahaja boleh mengalami kesakitan pada lutut, sendi dan tulang ini. Mereka yang aktif bersukan seperti pemain bola, ibu yang mengandung dan menyusu, mereka yang pernah terlibat dalam kemalangan, mereka yang mengalami masalah berat badan dan mereka yang melakukan kerja-kerja berat juga boleh mendapat sakit lutut, sendi ataupun tulang ini pada bila-bila masa
No comments:
Post a Comment