Siapa yang tdk mahu sihat & dlm keadaan langsing. Meskipun ada pelbagai cara yang dilakukan untuk mendapat bentuk badan idaman, namun cara yang paling mudah dan murahlah yang sentiasa dicarikan. Tidak perlu berbelanja mahal untuk membeli alatan gym,membuat kolan renang dan sebgainya. Apa yang diperlukan ialah mengenali kebiasaan & kemahuan untuk kekal kurus dan sihat.
1. Selalu bersenam
Bada kita perlu digerakkan utk membakar kalori & lemak terkumpul serta membantu badan mengagihkan keperluan nutrisi lbh efisyenke bahagian tertentu mengikut keperluan. Lakukan senaman seperti berjalan, melompat, regangan berterusan selama 30minit sehari (setiap pagi) secara berterusan. Ia lebih digalakkan berbanding membuat senaman agresif yang tdk konsisten.
2.Tidur Awal
Setelah seharian bekerja, tidur lewat atau berjaga malam adalah tindakan tindakan yang kurang bijak. Badan berupaya membaikisendiri setiap kali seseorg tidur pd malam hari dan proses baikpulih badan selalu lbh berkesan jika waktu tidur adalah sama. Tidur tidak menentu lambat laun akan mendatangkan kemudaratan oleh itu PENTING untuk kita tidur awal sebagai langkah paling mudah untuk mengelakkan sebarang penyakit.
3.Makanan Kesihatan
Jika anda bukan seorang yang mengamalkan cara pemakanan sihat dan seimbang, pengambilan makanan kesihatan adalah cara paling mudah untuk mengekalkan kesihatan badan. Sesetengah vitamin dan mineral penting untuk melawan penyakit dan jika anda tidak berselera makan sayur, kekacang dan buah-buahan sekurang-kurangnya sekali dalam setiap hari waktu makan, cara paling mudah adalah dgn makanan kesihatan. Pilihan terkini ialah yg makanan kesihatan organik berasaskan herba.
4. Fikir dulu sebelum ikut program kurus badan
Program mengurangkan berat badan bukan lah tidak elok. Namun ada alternatif lain yang lebih murah dan kekal lama utk mendapatkan hasil badan yang kurus dan sihat.
5. Makan lebih sayuran
Makan lebih sayuran ternyata cara paling murah untuk sihat walafiat. Pada masa yang sama kurangkan pengambilan daging merah,kopi,gula & garam. Jika anda ingin sihat kenapa anda memilih makanan yang memudaratkan.pas tu makan ubat, kemudian terdesak pulak fikirkan masalah kesihatan diri yang terjejas. Mulai hari ini...ubahlah cara pemakanan anda.
6.Jangan Abai Sarapan
Mereka yang meninggalkan sarapan sarapan kebanyakkannya akan merasa teramat lapar pada sebelah petang dan malam.Walaupun pada siang hari anda kurang makan,namun juka anda 'membalasnya' dengan makan pada waktu malam diet anda akan hancur. Makan pd waktu malam menyebabkan banyak makanan akan disimpan sebagai lemak krna badan tdk aktif & akan menyebabkan pertambahan berat badan.
7.Makan hidangan lengkap
Badan boleh menyerap nutrien secara lbh baik jika ketiga-tiga elemen penting iaitu karbohidrat,lemak tidak tepu, & protein diambil bersama.
8.Elak Berlapar
Makan ketika terlalu lapar selalunya menjadi penyebab anda secara makan berlebihan. Seharusnya anda makan ketika baru terasa lapar, kunyah perlahan-lahan. Ini membolehkan anda mengawal makanan secara lbh baik.
9.Elakkan Tekanan
Berada dlm keadaan tekanan @ stress blh menjadi punca risiko jatuh sakit. Oleh itu cuba la untuk elakkan stress.
10. Pemeriksaan Kesihatan
Jika anda rasa sihat tidak bermakna anda betul2 sihat secara dalaman. Selalulah melakukan pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah, kandungan kolestrol & lain-lain secara berjadual.
No comments:
Post a Comment