Thursday, 19 June 2014

Tips Cas Wajah Biar Bertenaga

Puasa sering dikaitkan dgn wajah pucat dan kusam tdk bermaya walaupun sesudah mengenakan solekan. Ah itu tanda nya ada sesuatu tidak kena dgn asasnya iaitu Kanvvas Wajah anda. Bertahan lebih 12 jam tanpa minum air untuk mengecas kesegaran wajah, ibadah puasa bukan alasan anda untuk tampil lesu..Apa yang perlu anda lakukan??

1. Jangan Skip Sahur
Sahur merangkap sarapan sewaktu bulan puasa adalah hidangan yang sangat penting. Ia membekalkan tenaga untuk seharian sekaligus sbg penentu wajah anda bakal pucat atau kusam atau tidak bermayasepanjang hari tersebut. Makanla hidangan yg berkhasiat dan minum air kosong seckupnya. Ingat sahur adalah sangat penting untuk kecantikan

2. Kuasa Kurma
Antara makanan tambahan yg penting untuk menyerlahkann kulit ialah Vit C.,tetapi buah kurma adalah penyelesaian kpd semua ini. 100gram buah kurma mengandungi 1,610mg niasin,149IU Vitamin A, 2.7mcg Vitamin K, & 54mg Magnesium, ianya meruoakan keperluan utk mebuatkan kulit kita kekal segar sepanjang hari.

3. Selamat Tinggal Sabun
Ketika d pejabat,setiap kali mencuci mekap utk bersolat, apakah bahan pe,bersih yg kita gunakan? Mulai hari ini, ucapkan lah TIDAK kepada sabu kerana ia membuatkan wajah semakin kering.Gunakan pembersih beabs sabun,maksudnya tanpa sodium lauryl silfate. Lebih bagus gunakan minyak zaitun sbg pembersih solekan, selain berstruktur ringan, minyak zaitun kaya dgn khasiat & melembapkan wajah serta dlm jangka masa yg panjang dapat memperbaiki tekstur kulit. Minyak Sihat ini sesuai utk semua jenis kulit.

4.Lakukan Urutan
Alang-alang menggunakan minyak zaitun, lakukan urutan ringkas pd wajah utk melancarkan peredaran darah. Beberapa kawasan yg berkesan melakukan urutan ialah:
#Dari tengah dahi atas sedikit dari titik tengah antara kenng ke pelipis kiri dan kanan
#Dari sudut luar kelopak hidung melalui garisan tulang pipi bawah dibawa ketitik tertinggi tulang pipi
#Dari tengak lekuk dagu di bawah bibir diurut hingga ke penghujung garis senyum
Apa yang penting, semua urutan dilakukan secara lembut menggunakan jari manis dan hantu sahaja dgn urutan menaik,

5. Rawat Bibir Anda
Jgn lupa ye bibir juga adalah kulit!!!!!! malah ia kawasan yang paling cepat menunjukkan tanda dehidrasi iaitu menggelupas jika kekurangan air.Bibir kering sungguh mencacatkan penampilan keseluruhan tidak kira bagaimana hebat teknik anda bersolek, Gosok bibir perlahan dgn tuala lembut yg basah ketika membersihkan solekan & pakailah pelembap bibir lebih kerap.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...