Friday, 13 June 2014

Senggugut dan Cara Merawatnya





Penyakit senggugut (Pre Menstrual Period) merupakan himpunan simptom fizikal, psikologi, dan emosi yang berkait dengan kitaran haid wanita. Dianggarkan kebanyakan wanita pada usia boleh mengandung mempunyai sebahagian simptom PMS. Simptom sedemikian biasanya boleh dijangka dan berlaku secara tetap semasa dua minggu sebelum haid. Biasanya simptom mungkin hilang sebelum atau selepas permulaan aliran haid.



Antara faktor penyebab masaalah senggugut adalah:
  • Pengambilan kafein yang tinggi
  • Tekanan mungkin menimbulkan keadaan
  • Peningkatan usia
  • Sejarah kemurungan
  • Penggunaan tembakau
  • Sejarah keluarga
  • Faktor permakanan (Aras rendah vitamin dan galian tertentu, terutama magnesium, manganese, dan vitamin E)
Sejarah keluarga sering kali merupakan petunjuk baik bagi kemungkinan sindrom prehaid. Sungguhpun kehadiran sindrom prehaid adalah tinggi dikalangan wanita dengan masaalah seperti kemurungan dan masaalah bipolar, kaitan punca tidak dapat dipastikan. Vitamin B turut didakwa mampu membantu dengan menstabilkan emosi.
Senggugut mungkin terjadi samaada disemenorea primer atau sekunder bergantung kepada penyebabnya :

Dismenorea Primer


Kebanyakan gadis telah mengalami senggugut bermula haid pertama mereka atau sejurus selepas itu. Gadis yang didatangi haid pada umur 12 tahun atau lebih awal dan mereka yang mempunyai haid lebih lama, mereka lebih berkemungkinan untuk mengalami dismenorea primer.

Dismenorea jenis ini tidak disebabkan oleh penyakit lain seperti ketumbuhan abnormal ataupun jangkitan. Doktor mungkin tidak akan menjumpai apa-apa yang luar biasa pada tubuh semasa pemeriksaan. Punca-punca dismenorea primer termasuklah :


* Ketidakseimbangan bahan kimia
Oleh kerana keseimbangan merupakan perkara utama dalam mengekalkan kesihatan, ketidakseimbangan sesetengah bahan kimia di dalam tubuh boleh menyebabkan senggugut.

Bahan kimia yang menyebabkan senggugut adalah prostaglandin. Prostaglandin merupakan kimia yang membuatkan kita merasai kesakitan apabila ia berinteraksi dengan penghujung saraf kesakitan dalam tubuh.

Wanita yang mengalami senggugut menghasilkan lebih banyak prostaglandin di dalam uterus mereka. Ini menyebabkan otot di dalam uterus mereka bergerak lebih kuat dan lebih kerap pada hari pertama haid. Semakin kuat pergerakan otot uterus semakin kurang darah mengalir ke kawasan itu. Kekurangan aliran darah ini menyebabkan hujung saraf di dalam uterus semakin sensitif pada kesakitan.

* Genetik
Ada juga yang berkata gen mungkin memainkan peranan penting di sini. Sekiranya anda mengalami senggugut, kakak, makcik atau ibu mungkin turut sama mengalaminya.


Dismenorea Sekunder

Dismenorea sekunder adalah apabila senggugut bermula sekitar 2 tahun atau lebih selepas period pertama. Sesetengah wanita yang mengalami senggugut jenis ini dapat diubati dengan pil penahan sakit. Senggugut jenis ini memerlukan rawatan lanjutan oleh doktor.

Dismenorea sekunder disebabkan oleh :

# Ketumbuhan polips atau sista pada ovari atau uterus
# Jangkitan
# Radang rongga pelvis
# Endometriosis
# Penyakit usus seperti apendisitis
# Kehamilan ektopia atau kehamilan di dalam tiub fallopio


Cara mengatasi masaalah senggugut antaranya dengan pengambilan makanan seimbang, kurangkan merokok, kurangkan stress, kekal aktif dan yang paling penting adalah pengambilan supplement seperti Vitamin E, Magnesium dan Kalsium dalam diet harian. Shaklee menyediakan maknan tambahan yang mampu menyeimbangkan kadar Vit E, Magnesium dan Kalsium di dalam tubuh badan seorang wanita bagi merawat dan mengelakkan masaalah senggugut.

Antara supplement yang disyorkan adalah :

1) GLA
Di dalam GLA terkandung Asid Gamma Linolenik dan Vitamin E yang membantu merawat dan melegakan senggugut. Ia juga membantu menstabilkan hormon dan melancarkan aliran haid. 



# Mengecutkan cyst
# Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
# Membantu meningkatkan kesuburan



# Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
# Membantu dalam menangani menopus
# Menguatkan kuku dan rambut

# Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
# Membantu menangai ekzema
# Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
# Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
# Menguatkan imuniti tubuh
# Memperlahankan proses penuaan

2) Ostematrix
Mengambil vitamin tambahan yang mengandungi Magnesium dan Kalsium penting bagi mengalkkan masaalah senggugut kerana wanita yang didatangi haid akan kehilangan Magnesium dan Kalsium dan sekaligus menyebabkan senggugut. Oleh itu pengambilan Ostematrix dicadangkan kerana kandungannya yang tinggi Kalsium dan Magnesium dapat mencegah masalah senggugut.




 

JOM WANITA SEMUA KITA ELAKKAN PMS NI....MENCEGAH SEBELUM IA HADIR.

ZULIANA
019-9964834
SID 1071733 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...