Wednesday, 23 July 2014

Waspada Keracunan Makanan Pada Musim Perayaan

Semestinya ketika Syawal banyak jemputan rumah terbuka akan kita kunjungi, Amalan ziarah adalah menjadi satu kemestian kerana disinilah lahirnya silaturahim akan menjadi lebih kuat dan sangat bermakna. Tetapi kita harus ingat dan berhati-hati dengan makanan dan minuman yang diambil. Jangan kerana terlaju teruja berjumpa rakan dan sanak saudara maka semuanya dilupakan. 

Musim perayaan adalah waktu di mana mudahnya penyakit "BERGERAK". Gejala keracunan makanan adalah paling mudah & sinonim menyerang.Keracunan makanan disebabkan oleh pengambilan makanan dan minuman yang dah tercemar. terdapat 6624 kes Keracunan pada tahun 2007. Walaupun sudah banyak kempen kebersihan telah dilancarkan tetapi masalah ini masih belum tahu apakah PENYEBAB utama terjadinya masalah ini, Antaranya:
1.Bakteria atau racun (toksik)
2.Bahan Kimia seperti racun serangga
3.Logam berat seperti raksa,plumbum & tembaga
4.Tumbuhan serta hasil laut yang beracun seperti kulat dan cendawan selain hidupan lauk bercangkerang (kerang, siput dll)

Seseorang yang terkena keracunan makanan akan memberikan tindakbalas seperti loya,cirit-birit, muntah-muntah,sakit perut,demam,bepeluh dengan banyak,sakit kepala dan keletihan. Keracunan boleh menyerang peringkat umur, tidak kira tua atau muda. Ini kerana rata-ratanya berisiko. Oleh yang demikian kita seharusnya memberi lebih penekanan terhadap penjagaan kebersihan sama ada utk diri sendiri, keluarga dan kawasan persekitaran. Jangan kita mengambil mudah semua perkara kerana penyakit tidak nampak didepan mata. Bagi kes yang berat, kesan daripada keracunan makanan ini boleh mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi yang berpanjangan dan jika tidak ditangani boleh membawa KEMATIAN.



Punca Keracunan
#Makanan yang ditinggalkan pada suhu bilik bagi satu tempoh masa yang lama melebihi 4jam
#Makanan yang tidak dimasak dengan sempurna
#Makanan yang tidak disimpan dengan baik, iaitu bahan mentah tidak disimpan bersama makanan yang telah di masak
#Makanan yang telah sejuk tidak dipananskan dengan sempurna
#Daging,ayam,ikan atau makanan sejuk beku tidak dinyah beku dengan sempurna sebelum dimasak
#Pengendalian makanan tidak bersih
#Makanan telah disediakan oleh individu yang berpenyakit @ pembawa penyakit


Langkah Pencegahan
Semestinya ia menimbulkan kebimbangan dihati kita, lebih-lebih lagi pada hari raya kerana ramai yang akan mengunjungi "OPEN HOUSE". Tapi anda janganlah risau kerana setiap masalah mesti ada jalan penyelesaiannya. Terdapat cara mudah yang boleh dipraktikkan untuk mengesan atau mengelak keracunan makanan, disini NA akan bagi tips untuk elakkan keracunan makanan"

1.Jaga Kebersihan Diri
Jadikan amalan membasuh tangan sebagai amalan kemestian, tidak kiralah ketika ingin mengendalikan makanan atau keluar dari tandas. Sebaiknya gunakanlah sabun dan basuh sebersihnya d permukaan serta peralatan yang hendak digunakan untuk memasak. Pada masa yang sama, ambil berat tentang kawasan sekitar dengan mengelakkan kehadiran serangga, makhluk perosak dan haiwan-haiwan lain.

2. Asingkan Makanan Mentah
Sekiranya anda ingin menyimpan ayam yang masih belum masak,pastikan ia diletakkan dibahagian sejuk beku. Jangan sesekali campurkan makanan yang telah siap dimakan dengan ayam berkenaan kerana bimbang membiaknya bakteria. Pada masa yang sama, gunakan perkakasan yang berbeza seperti pisau dan papan pemotong untuk makanan yang telah dimasak dan makanan mentah.

3. Simpan Pada Suhu Betul
Menyimpan makanan perlu menggunakan cara yang betul , Jangan sesekali mendedahkan makanan yang siap dimasak pada suhu bilik melebihi tempoh 4jam. Cara paling praktikal ialah dengan meletakkan makanan tersebut kedalam peti sejuk sekiranya tidak di makan lagi bagi mengelakkan masalah basi dan pencemaran lain.

4.Pilih Kedai yang  Bersih
Ini adalah tanggungjawab kita dalam memilih kedai makan yang berih. Sebelum kita memesan makanan, sebaiknya berpura-pura mencari tanda agar nnt kita dapat melihat sendiri suasana dapur dan tandas kedai makan tersebut. Anda jangan sesekali tertipu dengan imej bahagian depan kedai berkenaan kerana macam-macam boleh terjadi ditemmpat yang bertutup.

****Jika terkena Keracunan Makanan****
@Segera ke klinik atau hospital bagi mendapatkan rawatan
@Ikut segala nasihat doktor
@Simpan makanan yang disyaki untuk siasatan oleh pegawai berkuasa
@Pastikan tiada orang lain makan makanan tersebut
@Maklumkan dengan segera ke Pejabat Kesihatan Daerah Terdekat

Sunday, 20 July 2014

Penyakit dan Vitamin A-K


Walaubagaimanapun, perlu saya tegaskan di sini bahawa, senarai ini sekadar cadangan sahaja, sila dapatkan nasihat dari pakar atas penyakit serius yang anda hidapi. Pastikan sebarang rawatan yang anda jalani mendapat kebenaran dan pengesahan doktor.






Penyakit dan Vitamin A-K

Di bawah adalah senarai penyakit yang biasa kita dengar dan vitamin dan mineral yang dicadangkan. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan mendapatkan konsultansi dari pakar (doktor) terlebih dahulu sekiranya menghadapi masalah serius. 

Alergi 
  • Vita-C
  • B Complex
  • Alfalfa
  • Garlic Complex

Alzheimer 
  • Vita-E Complex
  • B Complex
  • Omega Guard
  • Garlic

Anemia 
  • B Complex
  • Vita-Lea
  • Vita-C

Arthristis 
  • Vita-Lea
  • Ostematrix
  • Vita-C
  • Alfalfa
  • Peppermint-Ginger

Batu hempedu 
  • Peppermint-Ginger
  • Lecithin
  • Vita-C
  • Vita-E

Bronkitis dan pneumonia 
  • Carotomax
  • Vita-C
  • Vita-E
  • Zinc
  • Garlic

Buasir 
  • Vita-C
  • Vita-E
  • Ostematrix

Carpal tunnel 
  • Vita-Lea
  • B complex
  • Vita-C

Cirit-birit 
  • B Complex
  • Garlic
  • Performance Drink

Darah tinggi 
  • Set A
  • Garlic
  • Vita-E

Diabetes 
  • Set A
  • Garlic
  • Vita-C

Ekzema 
  • B Complex
  • Vita-C
  • Alfalfa
  • GLA Complex
  • Zinc

Fibrocystic breast 
  • ACE
  • GLA Complex
  • B Complex

Gout 
  • Set A
  • Zinc

Insomnia 
  • Ostematrix
  • B Complex

Jangkitan telinga 
  • Vita C
  • Zinc
  • Garlic

Jerawat 
  • B Complex
  • Vita-C
  • Vita-E
  • Zinc Complex
  • GLA Complex

Kanser 
  • Vivix
  • ACE
  • Garlic
  • Ostematrix
  • B complex

Katarak 
  • ACE
  • B Complex
  • Zinc

Kelemumur 
  • B Complex
  • Zinc

Kencing kotor 
  • Vita-C
  • Zinc
  • Garlic
  • Alfalfa

Kesuburan 
  • Vita-C
  • Vita-E
  • Zinc
  • GLA Complex
Sumber asal : Penyakit dan Vitamin A-K

Kesihatan Sendi







Sendi-sendi berfungsi untuk melicinkan pergerakan diantara pertemuan dua tulang. 
Sendi-sendi anda ada di bahagian bahu, pergelangan tangan, punggung, lutut,buku lali,dan jari kaki dan tangan. Penyakit sendi tulang terjadi tidak kira umur.

Biasanya anda tidak mempunyai kerosakan terhadap sendi dan tulang. Kesakitan sendi berpunca dari lapisan kulit, otot, ligamen, sendi atau pangkal saraf.

Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi.

10 Kebaikan AJHT (UBAT SAKIT SENDI PALING HOT)
1. menyokong keselesaan sendi
2. membantu kekalkan tulang rawan
3. memelihara tisu penyambung yang sihat
4. melancarkan pergerakan harian
5. sangat berkesan, kesan positif selepas 5 hari pengambilan (ada ujian klinikal tau)
6. menghalang pembentukan bahan kimia yang merosakkan tulang rawan
7. anti radang semulajadi
8. dibuat dari sumber tumbuh-tumbuhan semata-mata, asli dan semulajadi
9. memberi kekuatan kepada struktur sendi

10. bertindak seperti kusyen untuk melindungi tulang rawan, juga membekalkan glukosamina (penting untuk binaan tulang rawan dan lendir untuk licinkan sendi dalam tendon dan ligamen

Apakah Ciri-Ciri AJHT?

✔ 100% bebas kekerang
✔ 100% daripada sumber sayuran
✔ 100% bebas kondroitin (bahan mengganggu penyerapan glucosamine)
✔ dalam bentuk caplet yang mudah ditelan
✔ tiada perasa tiruan
✔ tiada pemanis tiruan
✔ tiada pengawet tiruan
✔ bebas gluten

63 Petua Keluarga Bahagia


Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.Kesolehan keluarga menjadi penentu bagi tegaknya sesuatu bangsa yang aman, makmur dan sejahtera. Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia. 

Ciri orang yang mencintai keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan keimanan keluarganya.Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.
Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.
Perunding motivasi dan keluarga, Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.



1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/ berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
  • Mental, pendidikan dan ilmu
  • Emosi
  • Fizikal dan ekonomi
  • Sosial
  • Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
  • Pendapat atau pandangan
  • Hobi
  • Kegemaran
  • Makanan
  • Cita rasa
  • Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

Wednesday, 16 July 2014

Kesan Minum Ais Semasa @ Selepas Makan



Kepada sesiapa yang suka minum ais, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berais selepas makan. Walau bagaimanapun , ais akan membekukan makanan yang berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan jika  kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai penyakit. Jalan terbaik adalah untuk minum sup panas atau air panas/suam selepas makan.


SERANGAN JANTUNG

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri. Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda. Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pasa serangan pertama serangan jantung. Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap sakit jantung tidak bangun selepas tidur. Marilah kita berwaspada dan berhati-hati . Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup. Pakar sakit jantung berkata, jika semua orang yang mendapat info ini menghantar kepada 10 orang yang lain, beliau yakin akan dapat menyelamatkan satu nyawa. Baca ini dan ia juga mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda.......


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tuesday, 15 July 2014

GET CLEANS SHAKLEE


KENAPA ANDA HARUS MENGGUNAKAN GET CLEANS SHAKLEE??

1) SELAMAT
tidak toksik
bukan wasap toksik
bukan bahan kimia berbahaya
bebas bauan
lembut pada tangan anda
Ph seimbang
bukan klorin
hipoalergenik

2) BERKUASA
menanggalkan minyak
ultra-pekat
gunakan hanya separuh sukatan
buih yang lama
sesuai dalam semua suhu

3) MESRA ALAM

sumber bahan semulajadi
surfaktan biodegradasi
pembungkusan boleh dikitar semula
tiada peluntur klorin
tiada pembersihan sebatian organik mudah meruap
tiada fosfat
tiada nitrat
tiada borat
tiada ujian haiwan

4) BIJAK

dapat menjimatkan wang anda
formula pekat









DAPATKAN GET CLEAN SHAKLEE YANG DIJAMIN SELAMAT, SEMULAJADI.
SAYA SEDIA MEMBANTU ANDA....


ZULIANA
019-9964834
SID 1071733

FB : Julia Nur Ticha

Collagen Powder Shaklee

Semakin hari, usia kita meningkat kita,tubuh kita menghasilkan semakin kurang dan semakin kurang kolagen, mengakibatkan lebih banyak kedutan dan garis halus, di samping kulit yang semakin kendur.

Kerosakan kolagen juga boleh dipercepatkan dengan faktor luaran seperti matahari,radikal bebas di udara, air dan nutrisi, merokok dll..

Maka, Collagen Powder Shaklee mampu membantu kulit kita mengekalkan elastisiti semulajadi dan memperlahankan kehadiran kedut-kedut.




Collagen Powder Shaklee:
@};- membantu menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan semula
@};- kuku akan menjadi lebih kuat, bintik putih akan hilang dan pangkal kuku akan mengekalkan warna yang sihat
@};- kulit akan kurang kering, dan elastisiti akan bertambah baik.
@};- membantu menghilangkan tanda penuaan
@};- baik untuk mata. Kornea memerlukan kolagen dan ianya membantu mengekalkan otot mata supaya tetap anjal

Zuliana
ID 1071733
019-9964834

FB : Julia Nur Ticha

Vivix Shaklee Tonik Ajaib

 
 


 
 
Di Shaklee, satu produk yang berjaya mencetuskan revolusi terbaru iaitu anti penuaan selular VIVIX adalah jawapan untuk masalah-masalah di bawah.

Di kala usia meningkat ini, pengambilan pelbagai jenis ubat atau vitamin menjadi sangat sukar. TETAPI, anda hanya perlukan 1 SUDU TEH VIVIX sehari.

10 KEBAIKAN VIVIX!
1) Menggalak penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
2) Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
3) Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
4) Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
5) Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
6) Mengurangkan insiden bg penyakit nyanyuk
7) Membantu dlm proses penurunan berat badan
8) Menyokong kesihatan mata
9) Meningkatkan kesihatan imum badan
10) Menggalakan kesihatan keseluruhan

Vivix telah terbukti menyelesaikan masalah penyakit2 serius, antaranya :
• Diabetes
• Kolestrol tinggi
• Penyakit Kardiovaskular (Jantung)
• Tekanan Darah Tinggi
• Alzheimer atau nyanyuk
• Arthritis, Osteoporosis, Masalah sendi dan tulang
• Gout
• Letih
• Metabolisme badan RENDAH (antara sebab sukar turun berat badan)
• Masalah kulit dan bintik penuaan (kedut)
• Kanser dan tumor
• Katarak dan masalah mata
• Masalah saraf
• Lemah imun tahan daya badan - lambat sembuh

Hubungi saya untuk pembelian harga istimewa!
Konsultasi percuma utk customer saya sahaja!

PM/Sms/WhatsApp
Zuliana
019-9964834
sid 1071733
 

5 KESAN JIKA KEKURANGAN KALSIUM.



1. OSTEOPOROSIS
Kepadatan tulang dalam tubuh badan bergantung kepada jumlah kalsium yang kita ambil.
Jika sumber kalsium yang kita ambil setiap hari mencukupi, masalah kerapuhan tulang pasti tidak mudah berlaku.
Jika tidak, pasti terdapat gangguan di dalam metabolisme tulang menjadikannya mudah rapuh.

2. MASALAH OTOT

Kesakitan otot tulang boleh berlaku jika kita kekurangan kalsium. Pergerakan kita menjadi tidak normal kerana kehilangan keseimbangan dan kebolehan koordinasi kerana gerakan tubuh bergantung pada stimulasi otot tulang.

3. KURANG SISTEM IMUNISASI TUBUH
Kekurangan kalsium juga boleh menyebabkan sistem kekebalan tubuh berkurangan. Secara tidak langsung kita lebih mudah terdedah pada jangkitan penyakit.

4. MASALAH JANTUNG
Fungsi jantung dan sumber tenaga yang diperolehi untuk bekerja juga turut dipengaruhi oleh sumber kalsium. Jika ia tidak dapat sumber tenaga yang cukup, ia pasti menghadapi masalah untuk mengepam darah ke seluruh badan dan sel tubuh.

5. DAYA INGATAN SEMAKIN BERKURANGAN
Ion kalsium sangat penting ketika proses penghantaran maklumat saraf. Rangsangan pada saraf otak berkait rapat dengan penghantaran ion kalsium di dalam dan di luar neuron. Ia secara tidak langsung boleh menyebabkan hambatan mekanisme rangsangan dalam tubuh menjadi tidak teratur.


Penjagaan Rambut

Rambut gugur akibat:
1)Hormon yang tidak seimbang terutama selepas melahirkan
2)Kurang rehat/mengalami stress
3)Penjagaan rambut yang tidak tepat
4)Kekurangan vitamin yg dperlukan oleh rambut spt zink & multivitamin
5)Penggunaan syampoo yg banyak bahan kimia

3 vitamin utama adalah: ~

ESP : ESP adalah serbuk protein. Kekurangan protein menyebabkan pertumbuhan rambut menjadi perlahan. Pastikan bahawa anda makan secukupnya protein agar rambut anda tumbuh lebih cepat dan sihat.

Bcomplex: Salah satu punca rambut gugur adalah disebabkan tekanan emosi. Bcomplex adalah vitamin anti stress yang membantu untuk memberi perasaan tenang. Kandungan utama vitamin B3 adalah berguna untuk membaiki aliran darah pada kulit kepala, vitamin B6 pulak untuk mengelakkan rambut dari gugur. Vitamin B12 juga memainkan peranan untuk elak rambut gugur. kesimpulannya kelebihan bcomplex sangat banyak untuk masalah rambut gugur.

Zinc: Diet yang kurang zinc boleh membawa kepada kelemahan sistem imun yang boleh menyebabkan keguguran rambut. Zinc boleh memainkan peranan yang penting dalam modulation paras testosteron pada lelaki normal.Apabila hormon seimbang maka risiko kehilangan rambut boleh dikurangkan. Zinc boleh menguatkan folikel rambut anda dan boleh membantu mencegah beberapa jenis keguguran rambut.

Dan shampoo untuk mengatasi masalah rambut adalah Revitilizing Shampoo. Istimewanya shampoo ni ia adalah bebas paraben, bebas SLS.



Untuk pertanyaan lanjut:  
    Zuliana 
  ID : 1071733  
  Call/SMS/WhatsApp/WeChat : 019-9964834

Panduan Mengatur Kewangan Keluarga

Masalah dalam mengatur kewangan adalah perkara yang lumrah dihadapi setiap keluarga, terutamanya pada tahun-tahun awal sebuah keluarga menjalani kehidupan berumahtangga. Apatah lagi apabila menerima kehadiran anak pertama yang secara automatik akan meningkatkan perbelanjaan.

Ramai yang beranggapan bahawa kunci daripada masalah kewangan yang terjadi dalam setiap keluarga adalah faktor daripada jumlah pendapatan keluarga tersebut. Hakikatnya bahawa kunci utama daripada masalah kewangan adalah sikap keluarga tersebut menggunakan anggaran yang dimiliki. Dsini na sediakan panduan dalam mengatur kewangan keluarga yang boleh kita lakukan;

1.Fahami portfolio kewangan keluarga
Kita harus mengetahui & menghitung segala pembiayaan rutin seperti bil utiliti, petrol, insurans, perubatan dan sebagainya.

2. Susun rancangan kewangan @ anggaran
Rancang pengeluaran yang realistik akan membuatkan kita bersikap lebih objektif ketika berlaku satu pengeluaran yang terlalu tinggi. Dengan adanya perancangan kewangan, kita akan tahu batasan berbelanja yang wajar untuk pembelian tersebut.

3.Antara keperluan @ kehendak
Ramai yang gagal memahami apa yang sebenarnya mereka perlukan dan apa yang sebenarnya sekadar keinginan. Ini sering kali menyebabkan berlakunya pemborosan ketika berbelanja dgn banyak membeli barang yang diinginkan berbanding yang sebenarnya diperlukan. Fikirkan dengan baik, tuliskan dan asingkan kedua2 perkara tersebut bagi memudahkan kita mengawal pengeluaran wang.

4.Elak Hutang
Dengan semakin mudahnya akses untuk memiliki barangan yang boleh dibeli dgn kad kredit atau secara ansuran, memberi dorongan yang tinggi untuk berhutang. Belajar lah hidup dengan kebiasaan kewangan yang lebih sihat dengan meminimumkan hutang.

5.Minimum Taktala berbelanja
Bertemu rakam utk bersosial mmg sangat menyenangkan tetapi bukan bererti anda harus melakukan aktiviti tersebut setiap hari. Lebih bijak dalam penggunaan dana utk keperluan seperti ini. Kta boleh menggunakan pengeluaran ini untuk menabung @ sebagai persiapan utk dana ketika ada pengeluaran tidak terduga.

6.Tetapkan sasaran kewangan
Susun sasaran kewangan yang akan kita & pasangan peroleh secara berkala. Tetapkan tujuan dengan spesifik, realistik dalam tempoh waktu tertentu. Ini akan membantu kita dalam mengatur kewangan.

7.Menabung, menabung, & menabung
Ubahlah tanggapan bahawa menabung hanya apabla ada baki wang. Sebaiknya apabila kita memperolehi pendapatan,sisihkan sesuai dengan perancangan kewangan dan jumlah wang yang hendak ditabungkan. Amalkan menabung sebagai perkara WAJIB

8. Melabur
Apabila kita mempunyai cita-cita kewangan yang cukup tinggi, maka ia membantu kita dan mulakan dengan menabung serta melaburkan pada aset2 yang nilainya akan terus berkembang.

Monday, 14 July 2014

Rebut Pahala Ramadan

Kehadiran bulan Ramadan usah dibiarkan berlalu pergi macam tu sahaja. Ambillah kesempatan mengambil ganjaran pahala yang ditawarkan selama sebulan. Namun adakah hamba Allah sedar akan keberkatan dan kemuliaan bulan ramadan berbanding dengan bulan-bulan lain. Sekiranya semua menyedari akan keberkatannya baik dari segi kesihatan fizikal dan rohani pasti kita tidak akan mensia-siakan keistimewaannya.

Ramadan bermaksud panas selalunya pada bulan ini suhu amat panas dan mencabar umat islam untuk melakukan ibadah, Oleh kerana itu, Allah SWT memuliakan hambaNYA yang melakukan ibadah pada bulan ramadan. Ramadan ini menjadi wajib dilaksanakan berbanding pada bulan lain ia adalah ibadah sunat.

Pada bulan Ramadan juga umat islam digesa mengambil ganjaran pahala yang ditawarkan. Setiap amalan yang dilakukan akan mendapat pahala sebanyak 700 kpd keadaan yang tiada hadnya. Oleh itu golongan wanita harus mengambil peluang ini walaupun mereka dalam keadan haid. Mereka tidak perlu sedih dan menganggap itu sebagai penghalang kepada amal ibadah. Keistimewaan masih boleh dinikmati jika mereka memasak untuk orang puasa yang mana akan mendapat pahala seperti orang berpuasa. Golongan wanita harus mengambil peluang dengan memasak seikhlas hati. Elakkan membeli makanan demi meraih ganjaran yang mudah ini..

Cara Mendapat Keberkatan
Meskipun sudah melakukan ibadah yang dituntut namun ada perkara yang biasa dilakukan menghalang seseorang itu mendapat keberkatan di bulan Ramadan. Contohnya apabila sesorang itu berpuasa tetapi melewatkan menunaikan solat @ meninggalkan terus ibadat solat. Ia perkara biasa yang dilakukan oleh umat islam. Mereka menahan diri daripada berpuasa tetapi mulut senang bercakap perkara yang tidak elok. Begitu juga ketika menunaikan solat terawih, Jangan mengejar jumlah rakaat yang dilakukan tetapi ambillah peluang hidup bermasyarakat. Gunakan kesempatan ini untuk bertemu para kariah dengan bertegur sapa & saling mengenali antara satu sama lain. Inilah cara kita utk mendapat keberkatan Ramadan.
Selain itu juga, bagi mendapatkan keberkatan Ramadan kita harus mengelakan daripada melakukan perkara makruh dan segera melakukan perkara sunat. Contohnya sunat apabila menyegerakan berbuka puasa  dan melewatkan sahur. Tetapi jika kita melambatkan berbuka puasa atau cepat bersahur ia akan menajdi makruh.
Oleh itu walau suri rumah sibuk menyediakan juada berbuka apabila sudah masuk waktu berbuka, ambil la sedikit makanan @ minuman berbuka terlebih dahulu.

Jangan Ketinggalan 10 Malam Terakhir
Betapa ruginya mereka jika ketinggalan membuat amal di bulan ramadan terutama solat terawih. Ketika umat islam harus mengejar malam lailatulqadar, Malam tersebut lebih baik daripada seribu bulan yang laun. Lakukan yang terbaik dan buat amal sebanyak mungkin untuk mendapatkan keberkatanNya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...