Monday, 14 July 2014

Rebut Pahala Ramadan

Kehadiran bulan Ramadan usah dibiarkan berlalu pergi macam tu sahaja. Ambillah kesempatan mengambil ganjaran pahala yang ditawarkan selama sebulan. Namun adakah hamba Allah sedar akan keberkatan dan kemuliaan bulan ramadan berbanding dengan bulan-bulan lain. Sekiranya semua menyedari akan keberkatannya baik dari segi kesihatan fizikal dan rohani pasti kita tidak akan mensia-siakan keistimewaannya.

Ramadan bermaksud panas selalunya pada bulan ini suhu amat panas dan mencabar umat islam untuk melakukan ibadah, Oleh kerana itu, Allah SWT memuliakan hambaNYA yang melakukan ibadah pada bulan ramadan. Ramadan ini menjadi wajib dilaksanakan berbanding pada bulan lain ia adalah ibadah sunat.

Pada bulan Ramadan juga umat islam digesa mengambil ganjaran pahala yang ditawarkan. Setiap amalan yang dilakukan akan mendapat pahala sebanyak 700 kpd keadaan yang tiada hadnya. Oleh itu golongan wanita harus mengambil peluang ini walaupun mereka dalam keadan haid. Mereka tidak perlu sedih dan menganggap itu sebagai penghalang kepada amal ibadah. Keistimewaan masih boleh dinikmati jika mereka memasak untuk orang puasa yang mana akan mendapat pahala seperti orang berpuasa. Golongan wanita harus mengambil peluang dengan memasak seikhlas hati. Elakkan membeli makanan demi meraih ganjaran yang mudah ini..

Cara Mendapat Keberkatan
Meskipun sudah melakukan ibadah yang dituntut namun ada perkara yang biasa dilakukan menghalang seseorang itu mendapat keberkatan di bulan Ramadan. Contohnya apabila sesorang itu berpuasa tetapi melewatkan menunaikan solat @ meninggalkan terus ibadat solat. Ia perkara biasa yang dilakukan oleh umat islam. Mereka menahan diri daripada berpuasa tetapi mulut senang bercakap perkara yang tidak elok. Begitu juga ketika menunaikan solat terawih, Jangan mengejar jumlah rakaat yang dilakukan tetapi ambillah peluang hidup bermasyarakat. Gunakan kesempatan ini untuk bertemu para kariah dengan bertegur sapa & saling mengenali antara satu sama lain. Inilah cara kita utk mendapat keberkatan Ramadan.
Selain itu juga, bagi mendapatkan keberkatan Ramadan kita harus mengelakan daripada melakukan perkara makruh dan segera melakukan perkara sunat. Contohnya sunat apabila menyegerakan berbuka puasa  dan melewatkan sahur. Tetapi jika kita melambatkan berbuka puasa atau cepat bersahur ia akan menajdi makruh.
Oleh itu walau suri rumah sibuk menyediakan juada berbuka apabila sudah masuk waktu berbuka, ambil la sedikit makanan @ minuman berbuka terlebih dahulu.

Jangan Ketinggalan 10 Malam Terakhir
Betapa ruginya mereka jika ketinggalan membuat amal di bulan ramadan terutama solat terawih. Ketika umat islam harus mengejar malam lailatulqadar, Malam tersebut lebih baik daripada seribu bulan yang laun. Lakukan yang terbaik dan buat amal sebanyak mungkin untuk mendapatkan keberkatanNya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...