Monday, 14 July 2014

Makanlah Untuk Kurus

Demi mendapatkan bentuk badan yang lansing, ramai yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk membeli produk kurus @ menyertai program menguruskan badan di ousat pelangsingan. Tapi sebenarnya tanpa menggunakan kaedah ini kita mampu kurus dengan sihat.
Selain dengan cara bersenam satu lagi cara untuk menurunkan berat badan  ialah dengan MAKAN. Tapi pastikan makanan yang kita makan boleh mengurangkan lemak @ nafsu Makan.

1.EPAL
Semua buah-buahan & sayur-sayuran yang mengandungi banyak air dan serat dapat menghasilkan signal kenyang di usus kecil. Epal adalah asalah satu caranya. Setelah dicerna, epal menghasilkan hormon GLP-1 yang mengirimkan signal ke otak untuk memujuk anda berfikir bahawa peut sudah kenyang.
Penyelidikan menunjukkan epal juga sangat efektif untuk menurunkan berat badan. Amalkan makan sebiji buah epal berukuran sederhana 15minit sebelum makan bagi membantu mengawal nafsu makan.

2.CILI MERAH
Setengah sudu kecil cili merah cencang yang dimasukkan ke dalam makanan dapat mengurangkan nafsu makan. Pakar nutrisi mendapati capsaicin adalah sebatian yang berperanan utk memberikan rasa panas & pedas cili dapat mengurangi rasa lapar sambil meningkatkan tenaga.

3.RUMPAI LAUT
Rumpai laut adalah serat makanan semulajadi yang dapat menghalang rasa lapar sehingga 30% & terus berasa kenyang sampailah waktu siang.

4.TEH HIJAU
Menurut American Journal of Clinical Nutrition, teh hijau mengandungi katekin, iaitu zat yang dapat merangsang tubuh utk membakar kalori dgn lebih banyak. Teh hijau juga mengandungi antioksidan tertentu yang diyakini memiliki kesan pada hormon leptin, iaitu hormon yang mengendalikan nafsu makan,
Amalkan minum teh hijau antara3-6 cawan setiap hari bagi mempercepatkan tubuh membakar tenaga sel sehingga 40% disamping meningkatkan kadar pembakaran lemak.

5. TELUR
Mengikut laporan Jurnal American Collage of Nutrition , makan 2biji telur dadar untuk sarapan membolehkan anda akan mengurangkan kalori utk sisa waktu makan yang berikutnya, Jadi, mulakan sarapan anda hari ini dengan sarapan telur bagi mencegah rasa lapar sehingga tiba waktu makan tengah hari.

6.LIMAU NIPIS @ LEMON
Lemon mengandungi pektin iaitu serat larut semulajadi dan pembentuk gel yang dapat membakar lemak yang disimpan oleh tubuh serta melambatkan proses pencernaan sehingga anda berasa kenyang lebih lama.
Asid lemon dan pektin dapat melambatkan penyerapan gula setelah makan dan menghindari gula darah rendah yang boleh mengakibatkan orang berkeinginan untuk makan. Vitamin C dalam lemon dapat membantu menghasilkan karnitin, asid amino utk mendorong tubuh untuk membakar lemak.

7.AIR PUTIH
Meminum air putih sebelum makan mmg benar-benar membantu menurunkan berat badan.

8. BAWANG PUTIH
Kandungan allicin pada bawang putih yang bertanggungjawab memberikan bau menyegat dapat merangsang pusat kenyang di otak & mengurangi rasa lapar. Bawang putih merangsang sistem saraf utk melepaskan hormon adrenalin yang mempercepatkan kadar metabolisme sehingga tubuh membakar kalori lebih banyak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...