Monday, 14 July 2014

Cara Pernafasan Mempengaruhi Kesihatan


Pernafasan bukan sekadar menghiru poksigen masuk ke dalam tubuh untuk terus hidup tapi punya makna yang lebih daripada itu. Pernafasan sebenarnya turut mempengaruhi kesihatan tubuh badan anda sekiranya ia dilakukan dengan betul.
Ia mampu menarik tenaga positif masuk kedalam tubuh hingga memberi kesan kepada kecergasan & juga aspek mental tubuh. Di sini Na akan memberikan panduan yang sebetulnya:

1. Kosongkan Fikiran
Fikiran yang bercelaru tidak akan memberi hasil yang berkesan. Sebelum memulakan latihan pernafasan, kosongkan & tenangkan fikiran. Bayangkan kita memasukkan tenaga ke dalam tubuh & mengeluarkan semua unsur negatif yang tidak berguna dr tubuh. 
Bayangkan kita memasukkan semua tenaga positif yang sejuk & pada masa yang sama mengeluarkan amarah kita. Minda sentiasa mempengaruhi segala tindakan kita. Pernafasan yang betul bermula dari pengawalan minda kita.

2.Posisi Selesa
Pastikan posisi tubuh kita selesa sewaktu melakukan pernafasan. Bagi memastikan ia berjalan lancar, besarkan perut kita semasa menarik nafas & kecilkan perut ketika menghembuskan nafas (bernafas ikut cara bayi).
Selepas nafas ditarik dalam-dalam, lepaskannya dengan perlahan. Sewaktu melakukan latihan ini pastikan diri kita mendapat keselesaan yang cukup untuk bernafas. Yang penting kendudukan & persekitaran kita adalah sesuai.


3.Duduk Bersila
Kedudukan seperti senaman yoga dgn kedua tangan diletakkan di atas lutut & posisi terbuka iaitu telapak tangan ke atas. Jika kita perasan, sebahagian urat-urat & otot kita akan mula kendur.
Waktu ini sangat penting kita utk memfokuskan fikiran kpd latihan pernafasan. Bayangkan sebiji bola cahaya putih yang terang berada betul-betul di atasa kepala kita. Tariklah nafas kita perlahan-lahan sambil membayangkan cahaya itu memasuki kepala kita hingga ke bahagian abdomen kita.
Tarif nafas selama yang boleh sambil membayangkan kita turut menahan cahaya tersebut di dalam tubuh kita. Kemudian lepaskan perlahan-lahan sambil membayangkan cahaya itu keluar dari tubuh.

4.Sambil Berdiri
Berdiri di tempat terbuka iaitu paling terbaik di padang yang hijau, udara, persekitran yang bersih.Pastikan kita memakai pakaian yang bersesuaian. Letakkan kedua dua tangan kita ke hadapan dengan kedua tapak tangan kita terbuka ke depan.
Lakukan pernafasan dengan membayangkan udara masuk melalui ubun-ubun & kedua tapak tangan kita. Rasakan udara memenuhi keseluruhan tubuh kita melalui setiap pusat cakra kita. Kemudian keluarkan nafas perlahan-lahan. Rasakan pernafasan ita lebih lancar selepas latihan ini.

5.Amalkan Buah-buahan
Memakan buah-buahan segar akan membantu menyegarkan pernafasan. Keadaan ini akan membuatkan kita lebih yakin bila bertemu dengan orang ramai. Kita tidak perlu risau tentang bau nafas yang busuk.
Selain mempengaruhi pernafasan, enzim yang terdapat dalam buah-buahan juga turut membantu mencernakan bahan-bahan buangan dlm tubuh & menjadikan tubuh bersih serta proses detoks berjalan lancar.

6.Air Suam
Sekirannya kita suka mengamalkan minuman sejuk & bergas sebaikanya hentikanlah. Sebagai ganti ambillah air suam. Amalan minum air suam amat baik utk kesihatan masalah dapat membuka ruang kepada kelancaran sistem pernafasan.
Selepas mengamalkan latihan pernafasan, berehatlah sambil minum sekurang-kurangnya 3@ seelok-eloknya 8 gelas sehari bagi membantu pernafasan.

7.Berehatlah
Seharian kita menghabiskan masa di pejabat mmg sangat meletihkan. Bagi anda yang aktif kat pejabat, pernafasan yang baik amat diperlukan. Seperti tubuh, sistem pernafasan juga memerlukan rehat yang mencukupi.
Tidur dengan teknik yang betul adalah kaedah yang sangat baik untuk merehatkan sistem pernafasan kita, jangan tidur secara meniarap kerana ia boleh menghalang pernafasan kita dengan lancar.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...