Tuesday, 15 July 2014

Panduan Mengatur Kewangan Keluarga

Masalah dalam mengatur kewangan adalah perkara yang lumrah dihadapi setiap keluarga, terutamanya pada tahun-tahun awal sebuah keluarga menjalani kehidupan berumahtangga. Apatah lagi apabila menerima kehadiran anak pertama yang secara automatik akan meningkatkan perbelanjaan.

Ramai yang beranggapan bahawa kunci daripada masalah kewangan yang terjadi dalam setiap keluarga adalah faktor daripada jumlah pendapatan keluarga tersebut. Hakikatnya bahawa kunci utama daripada masalah kewangan adalah sikap keluarga tersebut menggunakan anggaran yang dimiliki. Dsini na sediakan panduan dalam mengatur kewangan keluarga yang boleh kita lakukan;

1.Fahami portfolio kewangan keluarga
Kita harus mengetahui & menghitung segala pembiayaan rutin seperti bil utiliti, petrol, insurans, perubatan dan sebagainya.

2. Susun rancangan kewangan @ anggaran
Rancang pengeluaran yang realistik akan membuatkan kita bersikap lebih objektif ketika berlaku satu pengeluaran yang terlalu tinggi. Dengan adanya perancangan kewangan, kita akan tahu batasan berbelanja yang wajar untuk pembelian tersebut.

3.Antara keperluan @ kehendak
Ramai yang gagal memahami apa yang sebenarnya mereka perlukan dan apa yang sebenarnya sekadar keinginan. Ini sering kali menyebabkan berlakunya pemborosan ketika berbelanja dgn banyak membeli barang yang diinginkan berbanding yang sebenarnya diperlukan. Fikirkan dengan baik, tuliskan dan asingkan kedua2 perkara tersebut bagi memudahkan kita mengawal pengeluaran wang.

4.Elak Hutang
Dengan semakin mudahnya akses untuk memiliki barangan yang boleh dibeli dgn kad kredit atau secara ansuran, memberi dorongan yang tinggi untuk berhutang. Belajar lah hidup dengan kebiasaan kewangan yang lebih sihat dengan meminimumkan hutang.

5.Minimum Taktala berbelanja
Bertemu rakam utk bersosial mmg sangat menyenangkan tetapi bukan bererti anda harus melakukan aktiviti tersebut setiap hari. Lebih bijak dalam penggunaan dana utk keperluan seperti ini. Kta boleh menggunakan pengeluaran ini untuk menabung @ sebagai persiapan utk dana ketika ada pengeluaran tidak terduga.

6.Tetapkan sasaran kewangan
Susun sasaran kewangan yang akan kita & pasangan peroleh secara berkala. Tetapkan tujuan dengan spesifik, realistik dalam tempoh waktu tertentu. Ini akan membantu kita dalam mengatur kewangan.

7.Menabung, menabung, & menabung
Ubahlah tanggapan bahawa menabung hanya apabla ada baki wang. Sebaiknya apabila kita memperolehi pendapatan,sisihkan sesuai dengan perancangan kewangan dan jumlah wang yang hendak ditabungkan. Amalkan menabung sebagai perkara WAJIB

8. Melabur
Apabila kita mempunyai cita-cita kewangan yang cukup tinggi, maka ia membantu kita dan mulakan dengan menabung serta melaburkan pada aset2 yang nilainya akan terus berkembang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...