Wednesday, 20 August 2014

Atasi Masalah Bau Badan, Cegah Sebelum Parah!

Wajahnya anggun. Penampilan pun menarik. Tambahan pula ada kerjaya yang stabil. Namun, entah di mana silapnya sehingga sekarang, Sarimah masih belum bertemu jodoh. Rupa-rupanya beliau mempunyai masalah bau badan yang kurang menyenangkan selama ini.
Adakah anda ada masalah sama dengan Sarimah? Masalah bau badan mungkin dipandang mudah oleh sesetengah individu yang kurang peka. Hakikatnya, masalah ini boleh menjadi rumit jika tidak dibendung segera. Tak kira sama ada lelaki atau wanita, pengurusan kebersihan diri adalah aspek terpenting yang perlu ditekankan. Jangan ambil mudah,  ia berisiko menyebabkan seseorang hilang keyakinan diri dan malu untuk bersosial. Paling kritikal, impak yang sangat menakutkan dalam kehidupan peribadi iaitu sukar mencari jodoh atau bagi yang sudah berkahwin, ia mampu menjejaskan hubungan sesama suami isteri. Pasti kita tak mahu ini berlaku bukan?

Kenalpasti Dan Fahami Punca Masalah Bau Badan

Hakikatnya semua orang mempunyai bau badan yang tersendiri kerana ia berpunca daripada proses perpeluhan. Berpeluh adalah sebahagian daripada proses tubuh dan kita perlu faham mengapa tubuh menghasilkan peluh. Ada dua jenis kelenjar menghasilkan peluh, pertama kelenjar Eccrine dan kedua kelenjar Apocrine. Kelenjar Eccrine bertanggungjawab terhadap proses perpeluhan di mana ia bersambung terus hingga ke permukaan kulit untuk menghasilkan peluh. Ia bertujuan mengawal suhu badan selain membuang bahan-bahan buangan seperti urea, sodium, kalsium atau elektrolit.

1. Berpunca dari Bakteria

Peluh melalui kelenjar Eccrine sifatnya tulen, jernih seperti air dan tidak menghasilkan bau kerana akan terus keluar ke permukaan kulit dan meluap. Kelenjar Apocrine pula merembeskan cecair yang lebih likat dan agak keruh serta menimbulkan masalah jika ia lebih banyak dari kelenjar Eccrine.

Kelenjar Apocrine terdapat pada bahagian tubuh yang banyak folikel rambut seperti ketiak serta tempat sulit seperti kemaluan. Kelenjar ini mengandungi sebum, bahan berlemak di mana peluh dirembeskan. Sebum pula bahan organik yang tersimpan dalam kelenjar Apocrine.

Di sinilah lebih mudah untuk bakteria memecah masuk protein dalam rembesan peluh, tidak seperti kelenjar Eccrine. Apabila protein dipecah masuk dalam peluh oleh bakteria, ketiak atau kaki akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

2. Berpunca dari Toksin di dalam Badan

Punca bau badan boleh disebabkan bahan buangan terkumpul dalam badan akibat proses pencernaan tidak sempurna. Pengambilan pelbagai jenis makanan, majoritinya digunakan untuk tubuh, sementara selebihnya ditukar ke dalam bentuk sisa buangan atau toksin. Toksin ini disingkirkan sekiranya ginjal, hati dan saluran penghadaman usus berfungsi dengan baik.

Atas sebab tertentu seperti sembelit, sekiranya sistem pencernaan tubuh tidak berfungsi dengan betul, toksin ini boleh kekal dalam tubuh. Individu yang punya masalah ini dan makan banyak daging, telur, ikan dan kekacang khususnya akan mempunyai bau badan yang busuk. Makanan ini mengandungi banyak Choline yang tidak mudah melalui proses metabolisme.

3. Pengambilan Kafein dan Pemakanan Makanan Berempah Yang Berlebihan



Banyak minum kopi atau minuman berkafein dan makanan berempah yang mengandungi bawang dan bawang putih juga berpotensi menyebabkan bau pada ketiak, tidak kira lelaki atau wanita. Elakkan makanan tinggi choline seperti bawang putih, daging, rempah, kafein dan kekacang.

 4. Faktor Kesihatan & Genetik

Punca lain bau badan termasuklah masalah ginjal, hati, hypoglycemia (kurang gula dalam darah), jangkitan kuman, kencing manis dan tiroid. Ia dikesan apabila individu yang pada mulanya tidak punya masalah bau, tiba-tiba mengalami perubahan bau badan yang mengganggu. Bau badan juga disebabkan oleh faktor genetik dan kelenjar yang sangat aktif.

7 Tips Pengurusan Kebersihan Diri Dan Pemakanan Untuk Atasi Bau Badan

1. Mandi dengan lebih kerap sekurangnya 3 kali sehari.
2. Pilih pakaian fabrik kapas dan longgar untuk meminimumkan rembesan peluh.
3. Elakkan makan makanan tinggi choline seperti bawang putih, daging, rempah, kafein & kekacang.
4. Cukur rerambut halus yang tumbuh seperti di bahagian kemaluan serta ketiak apabila tiba waktunya.
5. Pemakaian deodoran anti-perspirant yang mengandungi bahan antiseptik juga antara yang banyak membantu meskipun bukan jaminan 100 peratus.
6. Antara cara merawat dan mengawal masalah bau ketiak pula ialah penggunaan cecair pencuci mengandungi 3 peratus hidrogen peroksida, menyembur pewangi dan penyembur anti peluh.
7. Jika terlalu serius, pembedahan membuang kelenjar Apocrine pada tempat bermasalah boleh dilakukan selain laser serta suntikan botox.
Pengambilan Supplement Shaklee Untuk Mengawal Bau Badan Secara Semulajadi

Kita juga boleh mengambil supplement seperti supplemen Shaklee untuk mengatasi masalah bau tubuh ini secara semulajadi kerana Shaklee sememangnya semulajadi, halal dan berkesan.

Alfalfa Complex

Alfalfa Shaklee
Alfalfa dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang pengaliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan.



Garlic Shaklee
Diproses secara semulajadi di bawah suhu yang rendah bagi mengekalkan SEMUA allicin. Ia juga telah dirumus untuk mengawal bau. Walaupun bawang putih salah satu penyebab nafas berbau, namun tablet Garlic Shaklee tak pecahkan sehingga ia sampai ke dalam usus kecil. Di samping itu, ia mengandungi campuran pudina dan estrak rosemary bagi mengawal bau dengan berkesan.


Herb-Lax
Herba-Lax Shaklee
Herb-Lax secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang teperangkap dan memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksik. Herba-Lax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan proses usus.


Kesimpulannya,seperti yang telah dinyatakan awal-awal tadi. Masalah bau badan ini adalah perkara yang serius dan perlu diatasi dari sekarang sebelum terlewat. Saya pasti tiada antara kita yang suka dipermain atau diperli oleh rakan-rakan kerana bau tubuh yang kurang menyenangkan atau berdoalah agar kita tidak ditinggalkan oleh kekasih hati hanya kerana kita memandang remeh masalah ini!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...