Umum diketahui bahawa sayur-sayuran merupakan makanan yang sihat dan sangat mudah untuk disediakan. Oleh sebab itu, semenjak kita kecil lagi, ibu bapa sudah melatih anak-anak supaya mengambilnya dalam menu harian. Kandungan nutrisi dan mineralnya amat penting dalam mewujudkan tahap kesihatan optimum untuk tubuh.
Sungguhpun begitu, masih ramai yang memandang remeh perkara ini. Selain memberi pelbagai alasan rasa sangat pahit, sayur juga dikatakan makanan yang tidak mengenyangkan. Akhirnya tiada diet sayur hijau di dalam menu harian kita. Sebenarnya banyak sangat manfaat yang belum anda ketahui yang terkandung didalam sayuran hijau ini. Jom kita tengok apa yang terbaik yang terkandung dalam 'makanan' hijau ini ;
1.Kurangkan masalah jantung
Salah satu keistimewaan yang diperoleh sekiranya anda menjadi pencinta sayur-sayuran adalah dapat meningkatkan kesihatan jantung. Ini kerana kandungan Vitamin C, Kalium, Lutein,Zeaxanthin dan Beta Karotin yang terdapat didalamnya sangat berkesan untuk mendapatkan kesihatan yang optimum sekaligus dapat mengurangkan masalah kardiovaskular.
2.Bermanfaat untuk pesakit diabetes
Adakah anda tahu bahawa sayur-sayuran hijau mengandungi indeks glimeks yang rendah tetapi magnesiumnya sangat tinggi. Ia sangat sesuai diambil atau dijadikan diet harian yang paling ideal untuk pesakit diabetes.
3.Meningkatkan kesihatan tulang
Apabila disebut berkaitan tulang yang kuat, pasti ramai yang mengaitkannya dengan susu. Sebenarnya bukan hanya susu yang mampu meningkatkan kesihatan tulang sebaliknya sayuran hijau juga boleh memberi kesan yang sama. Kandungan Vitamin K didalamnya dikatakan dapat membantu menghasilkan osteocalcin iaitu protein yang berfungsi untuk menguatkan tulang.
4. Menyihatkan mata
Beta karotin boleh diperoleh dengan banyak dalam sayuran hijau yang mana ia kemudiannya akan ditukarkan menjadi Vitamin A sekaligus memberi kesan yang sangat baik kepada mata. Selain itu, lutein dan zeaxanthin juga mampu menghindarkan seseorang itu daripada masalah katarak.
5.Cegah kanser
Salah satu penyakit yang sangat-sangat ditakuti dan digeruni iaitu kanser, ianya menyerang dalam tempoh yang sangat senyap dan perlahan-lahan. Untuk mencegahnya, digalakkan seseorang itu menjadikan sayuran hijau sebagai salah satu menu penting dan wajib ada. Kandungan Karatenoid dan Flavonoid dikatakan boleh membantu mencegah pelbagai jenis penyakit kanser seperti kanser perut, kanser usus, kanser payudara dan kanser kulit. Brokoli juga mengandungi sejumlah besar sulforaphane di mana ia merupakan zat bagi mencegah penyakit tersebut.
No comments:
Post a Comment