Buat renungan kita bersama..para ibu bapa sekalian..
Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah.
Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.
1. Kanak-kanak sangat memerlukan
belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa
jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian
kepada ibunya.Oleh itu cuba fahami bahasa anak
dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa
yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang
mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang
mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis
komunikasi walaupun dengan anak kecil
2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang
dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri, luangkan masa setengah jam
terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat
kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak.Tanyakan dengan lembut dan mesra apa
yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika.
Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat
sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah
puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih
mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.
3. Ajarkan anak dengan perkataan
“tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan
tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah
dia sebaik sahaja berkesempatan.Jangan buat tak tahu sahaja atau
bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar
anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang
memanggilnya.
The right way to make her listen to
you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh
setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian.
Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya
boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.
4. Cuba fahami personaliti anak.
Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang
tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa
sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang
sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah
perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan
sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb.
Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh
mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus
kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka
menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan
menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih.
Insya Allah dia akan kurang suka
kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin
dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari.
Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang
sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan.
Berikan dia hadiah (gula-gula dsb)
jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit
dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya,
papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini.
Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan
tersebut.
5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan
dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan.
Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati
kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah
memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya.
Bayangkan anak dengan semua
sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan
berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah
jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan
lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan
harapan tuan/puan kepadanya.
Misalnya ‘papa/mama sayang kakak,
papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik
yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak
berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka
kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan
didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga
boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak
setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan.
Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi
yang serba mencabar.
Semoga tuan/puan lebih bersabar,
jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada
masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak
apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka
alam sekeliling.
Anak-anak hidup dalam dunia yang
tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga
galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak,
mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya.
Sekian, semoga Allah mengurniakan
rahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan
anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai
ibubapanya.
Buat renungan kita bersama..para ibu bapa sekalian..
No comments:
Post a Comment