Assalamualaikum.......erm pagi ini Na kan menceritakan tentang MIGRAIN. Apa itu Migrain ye? MIGRAIN ialah salah satu jenis sakit kepala yang dihidapi orang ramai. Pelbagai punca menyebabkan migrain. Mungkin hanya dengan bunyi bising maka migrain datang menyerang, boleh jadi jugak kerana cahaya. Migrain dikategorikan sebagai sakit kepala sebelah, berdenyut dan paling dahsyat apabila membawa kepada mual dan muntah yang teruk.
Serangan ini boleh berlaku diantara satu hingga ke dua jam dan boleh berlaku beberapa kali dalam seminggu. Tidak dinafikan migrain boleh menyebabkan penghidapnya tertekan terutama jika ia kerap melanda. Ini boleh menjejaskan rutin harian kerana terlalu sakit.
Oleh yang demikian tiada cara lain dengan menelan pil penahan sakit. Walhal pengambilan pil sebegini adalah tidak elok. Sekiranya anda penghidap migrain dan mahu mencari kaedah semulajadi untuk mengurangkan masalah ini, anda boleh mengamalkan pemakanan berikut.
Disini Na akan berkongsi tentang lima makanan yang boleh dikatakan mampu meredakan migrain.
Brokoli
Biasanya migrain akan menyerang apabila tubuh mengalami kekuragan magnesium didalam tubuh dan ketika ini sel-sel migrain akan bertindak aktif. Bagi mengelakkan berlakunya kekurangan ini, anda dinasihatkan agar tidak melupakan untuk mengambil sayuran hijau yang mengandungi Riboflavin yang tinggi seperti brokoli. hasiat brokoli dikatakan mampu membantu menyeimbangkan kekekurangan magnesium dalam badan sekali gus menghindari serangan migrain.
Yogurt
Yogut atau susu masam dikatakan mempunyai khasiat vitamin B yang sangat bermanfaat untuk kesihatan dan fungsi tubuh agar berfungsi dengan baik. Vitamin yang dikenali sebagai riboflavin ini berperanan untuk menambah tenaga dan dapat meredakan rasa sakit dibahagian kepala.
Telur
Memang betul, telur diambil dalam kadar yang berlebihan sanagt tidak baik untuk kesihatan. Tetapi anda erlu tahu bahawa kandungan protein yang terdapat dalam telur dapat membantu mengawal kadar glukosa dalam darah dan seterusnya dapat memberikan tenaga kepada tubuh utnuk menjalankan aktiviti sepanjang hari tanpa gangguan sakit kepala. Dengan mengambil telur separuh masak untuk bersarapan dikatakan dapat amat baik untuk memberikan tenaga kepada tubuh.
Bayam
Bagi wanita pula kedatangan haid biasanya akan menyebabkan tubuh kehilangan banyak megnesium. Jadi jika anda tidak bersedia migrain akan menyerang. Oleh itu elakkan pengambilan pil sebaliknya sediakan sayur bayam dirumah. Bayam sangat dikenali sebagai makanan yang mengandungi kadar magneseium yang tinggi dan juga kaya dengan mineral yang akan membantu mengatasi masalah ini.
Susu Rendah Lemak
Percayalah dengan pengambilan minuman yang kaya dengan kalsium ini dapat membantu mengatasi ketegangan pembuluh darah yang akan mempengaruhi transmisi impuls saraf. Seperti yang diketahui apabila berlakunya gangguan ini, ianya akan mengakibatkan kepala menjadi berat dan dada akan berdebar-debar. Jadi jangan lupa dalam setiap hidangan selitkan pengambilan susu rendah lemak ini. Anda jangan culas ye untuk meminumnya kerana ia sangat baik bagi anda yang menderita kerana MIGRAIN.
Selain dengan cara mengambil lima pemakanan etrsebut, disini juga Na akan memberikan Tips atau cara lain bagi mengelakkan migrain ini dari terus melanda diri anda. Antaranya ialah dengan:
Senaman Ringan
Anda jangan la mengamalkan sikap malas untuk bersenam. Peruntukkan dalam 30minit setiap hari untuk bersenam atau melakukan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh contohnya berkebun, mengemas rumah, dan lain-lain cara. Hal ini dapat membantu anda mendapatkan tubuh dan minda yang sihat.
Kenal Pasti Cuaca
Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu kita hendaklah merancang waktu untuk berada diluar rumah. Jangan terlalu lama berada diluar rumah atau pejabat jika cuaca terlalu panas kerana dikhuatiri akan diserang migrain.
Jangan Abaikan Makan
Sudah pastinya anda mengenali diri dan keadaan diri anda sendiri. Bagi mereka yang menghidap migrain jangan sesekali mengabaikan waktu makan anda ye. Perut yang kosong akan meningkatkan risiko untuk anda mendapat serangan migrain.
Ingat kawan-kawan,serangan Migrain tidak mengenal jantina dan akan menyerang dengan tiba-tiba. Jika anda penghidap Migrain berusahalah menjaga kesihatan diri, agar diri anda BEBAS dari Migrain,.
No comments:
Post a Comment