Hari ini Na akan bercerita tentang Cara Merawat Bayi Bila kena Selesema. Janganlah menganggap penyakit selesema ini ringan dan remeh ini kerana penyakit ini sudah beberapa kali menimbulkan epidemik. Virus yang dianggap remeh ini jika tidak ditangani dengan baik akan menyebabkan jangkitan sekunder.
Ini kerana Virus ini boleh menjejaskan organ lain seperti paru-paru sehingga si kecil mengalami radang paru-paru (pneumonia). Gejala seperti demam yang tinggi dan sukar bernafas memerlukan rawatan selanjutnya.
Jika virus ini menyerang otak, ia boleh menyebabkan radang pada selaput otak (meningitis). Gejala seperti demam, muntah-muntah, lelah dan kaku pada anggota tubuh seperti kaki dan tangan. Bahayanya radang selaput otak ini boleh membawa risiko kematian. Oleh itu kita sebagai ibu bapa mesti prihatin terhadap SELESEMA, BATUK, DEMAM dan LESU.
Mengapa si kecil selesema? Ketika virus masuk ketubuhnya, timbul respon daripada sistem kekebalan tubuh seperti bengkak atau radang pada membran hidung. Virus tersebut akan mengganggu sel-sel lendir dan fungsi hidung yang boleh menyebabkan penghasilan lendir meningkat, akibatnya selesema dan bersin menyerang si kecil kita.
Sementara itu, batuk terjadi akibat virus yang menyerang tekak hingga menyebabkan kegatalan dan merangsang batuk. Jika anda kita bersin atau batuk, virus ini akan menular dan berjangkit kepada orang yang berhampiran dengannnya.
Bagaimana pula dengan demam? Demam ialah kerana reaksi tubuh anak ketika melawan jangkitan. Lesu pula terjadi kerana anak yang sedang sakit merasa tubuhnya tidak selesa. Tempoh pengeraman (inkubasi) selesema iaitu dari masukkan virus ke dalam tubuh hinggalah timbul gejala penyakit rata-rata 2hari dengan jarak waktu antara 1-4hari. Setelah itu, barulah timbul pelbagai gejala selesema yang akan bertahan selama 3-7hari.
Bagaimana cara untuk kita mengurangi gejala selesema
Selesema tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan. Walaupun begitu mengurangi gejala tersebut boleh sahaja dilakukan dengan memberikan ubat yang tepat. Pemberian ubat-ubatan ini tidak boleh sembarangan dan harus mengikut preskripsi doktor. Ubat seperti parasetamol boleh diberikan dengan selamat jika anak berusia 1tahun ke atas dan mempunyai berat badan melebihi 5kg.
Panduan buat Ibu pula;
Secara umumnya, pemyakit ini disebabkan oleh virus akan sembuh dengan sendirinya. Tetapi ingat, sebagai ibu, anda tidak boleh menganggap perkara ini sangat remeh. Disini Na ingin berkongsi tips jika si kecil kita selesema:
- Pastikan anak kita mendapat rehat yang secukupnya. Kurangkan aktiviti fizikal.
- Berikan susu ibu dengan lebih banyak. JANGAN gantikan susu ibu dengan memberikan AIR KOSONG kepada bayi kerana ini boleh memudaratkannya.
- Terus memberikan makanan yang berkhasiat, dengan cara ini tubuh anak kita akan membentuk antibodinya sendiri
- Sediakan air panas dan bawa si kecil menghirup wap tersebut
- Jika anak berusia 1tahun ke atas, berikan air suam bercampur sedikit madu dan lemon.
No comments:
Post a Comment