Kebanyakannya kaum lelaki mudah diserang gout berbanding wanita. Ini kerana wanita dilindungi oelh hormon estrogen yang membantu menstabilkan keseimbangan sistem dalaman badan dan memcegah peningkatan paras asid urik dalam darah. Tetapi wanita berisiko mengalami menopaus.
ASID URIK
Gout terjadi akibat daripada gangguan metabolisme asid urik yang tinggi dalam badan hingga menyebabkan radang pada bahagian sendi. Selain ibu jari, gout juga boleh menyerang bahagian tengkuk, bahu, tulang pinggul dan lutut.
Asid urik adalah bahan hasil daripada pemecahan sel-sel matang asid ribonukleik (RNA) dan asid deoksiribonukleik (DNA) yang mati dalam hati. Ia terhasil daripada pengambilan makanan yang tinggi kandungan protein purina. Protein ini akan diuraikan menjadi asid amino dan sebahagian lebihan asid amino pula diuraikan menjadi asid urik.
Gout menyebabkan penghidapnya berisiko mengalami kerosakan buah pinggang di masa akan datang. Jika buah pinggang kita gagal berfungsi, ia akan menyukarkan sistem perkumuhan asid urik yang lazimnya disingkirkan melalui najis dan air kencing. Kesan lebihan asid urik yang terperangkap didalam darah akan berkumpul di buah pinggang dan membentuk kristal garam yang merosakkan dan mengecutkan buah pinggang. Akhirnya penghidap gout juga akan mendapat mendapat batu karang hipertensi.
Peningkatan asid urik sering dikaitkan dengan faktor pengambilan makanan yang tinggi kandungan purina seperti sumber makanan laut, kekacang dan daging merah. Kekurangan air dalam badan boleh meningkatkan paras asid urik dalam darah sehingga gout yang dihidapi menjadi lebih kronik.
Amalan pemakanan yang betul dan minum air sekurang-kurangnya 8gelas sehari mampu mencegah serangan gout. Amalan ini dapat membantu meneutralkan paras asid urik dan menyingkirkannya daripada badan. Tahap asid urik yang normal dalam darah ialah antara 0.21-0.42 mmol/L.
Pesakit gout harus mengelakkan dari emngambil makanan laut seperti kerang,udang,ketam, ikan bilis dan salmon kerana kandungan purinanya yang sangat tinggi. Purina merupakan sejenis protein yang membentuk asid urik hasil dari proses metabolisme dan berpotensi menyebabkan gout. Purina juga terdapat dalam organ dalaman haiwan iaitu hati pedal ayam, perut dan otak.
SIMPTOM
Gout adalah sejenis penyakit yang menyerang sendi terutamanya sendi ibu jari kaki. Ianya berlaku secara berulang-ulang, bergantung kepada bagaimana penghidapnya menjalani rawatan dan mengambil langkah pencegahan bagi mengelakkan serangan gout berulang. Walaupun gout sinonim dengan lelaki berusia kini golongan muda jua tidak terkecuali. Jadi aanda hendaklah berhati dan menjaga kesihatan dengan baik.
Gout biasanya menyerang ibu jari kaki menyebabkan bengkak,kemerahan, panas dan sangat sakit. Rasa sakit yang berlarutan sehingga berhari-hari atau sekurang-kurangnya 1-2minggu untuk sembuh jika tidak dirawat. Sakit mungkin akan menyerang semula selepas beberapa minggu atau bulan. Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali,lutut, pergelangan tangan dan jari.
RAWATAN
Perkara paling utama yang perlu dilakukan ialah dengan merehatkan sendi dari diserang gout. Pengambilan ubat-ubatan anti radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.
Ubatan lain seperti colchinine juga boleh diambil, walaupun berkesan ianya boleh menyebabkan rasa loya muntah dan cirit-birit. Suntikan cecair steroid akan disuntik terus ke sendi yang mengalami radang. Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan lain.
Penghidap juga [erlu peka terhadap tanda-tanda awal serangan.Jika rawatan dimulakan dari awal , penyakit tidak akan melarat. Oleh kerana gout disebabkan aid urik yang berlebihan dalam badan anda haruslah mengelakkan faktor yang boleh menambahkan asid urik.
PENCEGAHAN
Ubah cara hidup andan bagi memastikan paras asid urik dalam badan menjadi normal. Amalkan cara hidup yang sihat untuk mengelakkan dari menghidap penyakit yang berkaitan dengan gout. Apabila mengambil allopurinol semasa serangan gout, minum air masak banyak-banyak.
Makanan yang perlu dielakkan termasuklah organ dalaman seperti hati, paru, ginjal dan otak, ikan bilis, kembung dan sardin, daging cincang,ekstrak daging, ragi, dan kiub rebusan daging dan makanan cengkerang seperti ketam, kerang dan udang. Anda juga mestilah mengurangkan pengambilan asparagus, kubis bunga, cendawan,bayam, kekacang, roti jagung dan bijirin.
GOUT BOLEH DIWARISI?
Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga sangat memainkan peranan. Gout adalah penyakit yang boleh dirawat. Paling penting amalkan cara hidup yang sihat, menjaga kesihatan diri sebaik mungkin, dan mengelakkan makanan yang boleh menyebabkan punca gout. Disamping itu amalkan memakan suplement.
Apakah supplemen yang dicadangkan untuk membantu pesakit Gout?
- VIVIX
- ALFAFA
- OMEGA GUARD
- PERFORMANCE DRINK
VIVIX -
Melindungi DNA, memperbaiki DNA, memberi impak positif kepada
pengawalam genetik, menggalakkan pembentukan mitochindra didalam sel,
melambatkan pembentukan protein AGE yang menyebabkan kerosakan sel
ALFAFA - Menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Pengambilan alfafa memerlukan pesakit mengambil air yg banyak utk tujuan detox
OMEGA GUARD
- Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan
asid lemak 3 yang ditemui didalam ikan laut dalam. Kedua-dua asid ini
dipercayai mampu mengurangkan keradangan pada sendi pesakit
PERFORMANCE DRINK - Memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak berlaku dehydration.
No comments:
Post a Comment