Wednesday, 11 February 2015
Rahsia Urutan Kaki
Semua orang tahu bahawa KAKI adalah anggota yang selalu bekerja keras untuk menampung berat badan,berjalan, berlari. Teknik mengurut kaki sudah lama dipraktikkan bagi meningkatkan kesihatan yang baik. Tujuan kita mengurut kaki ialah:-
Menambah Tenaga
Ketika kaki sedang diurut, berlakunya proses penambahan tenaga di dalam tubuh. Pada masa yang sama, ia membantu memudahkan pengaliran tenaga diseluruh tubuh agar berjalan dengan lancar.
Meningkatkan Perjalanan Darah
Kaki sering 'diikat' dengan kasut yang ada ketikanya ketat dan menyakitkan. Cara ini secara tidak langsung membuatkan darah tidak mampu mengalir dengan baik. Namun setelah diurut, pengaliran darah akan kembali normal.
Kurangkan Bengkak Kaki
Masalah pembengkakan kaki biasanya disebabkan oleh pengumpulan cecair yang dikenali ederma. Biasanya terjadi kepada ibu hamil. Cara mengatasinya cukup mudah iaitu dengan mengurut dibahagian tersebut dan banyakkan rehat.
Redakan Tekanan
Penyakit boleh terjadi dari pelbagai punca sama ada makanan, gaya hidup dan sebagainya. Salah satunya ialah dengan TEKANAN. Antara jalan penyelesaian yang boleh dilakukan ialah dengan mengurut kaki yang kepenatan. Selain merehatkan ia juga mampu mengurangkan rasa cemas yang datang secara tiba-tiba.
Melegakan PMS dan Menopaus
Gejala PMS dan Menopaus tidak banyak beza malah antara sering menyerang ialah gejala sakit kepala,cemas, tekanan, lelah dan imsomnia. Urutlah kaki secara teratur bagi menghilangkan kesan tersebut.
Ubati Sakit Kepala
Mengurut kaki amat membantu untuk membantu mengurangkan masalah sakit kepala dan migrain. Sekiranya dibebani penyakit tersebut, cepat-cepatlah cari tukang urut untuk memanjakan 'kaki' anda.
Turunkan Tekanan Darah
Darah tinggi adalah satu penyakit yang tidak asing dalam masyarakat kita. Selain mengamalkan ubat dari klinik, dan supplement, terdapat kaedah lain yang boleh dipraktikkan iaitu dengan urutan kaki. Peruntukan masa lebih kurang 10minit, tekanan darah dapat diturunkan selain dapat meningkatkan mood serta meredakan perasaan cemas.
Labels:
Tips Urutan Kaki
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment