Wednesday, 12 November 2014

Cara Merawat Bayi Selesema

Assalamualaikum semua.....hari ini cuaca kat melaka ok, tp kat dalam opis ni sejuk beku. Haaahahhaha



Hari ini Na akan bercerita tentang Cara Merawat Bayi Bila kena Selesema. Janganlah menganggap penyakit selesema ini  ringan dan remeh ini kerana penyakit ini sudah beberapa kali menimbulkan epidemik. Virus yang dianggap remeh ini jika tidak ditangani dengan baik akan  menyebabkan  jangkitan sekunder.

Ini kerana Virus ini boleh menjejaskan organ lain seperti paru-paru sehingga si kecil mengalami radang paru-paru (pneumonia). Gejala seperti demam yang tinggi dan sukar bernafas memerlukan rawatan selanjutnya.

Jika virus ini menyerang otak, ia boleh menyebabkan radang pada selaput otak (meningitis). Gejala seperti demam, muntah-muntah, lelah dan kaku pada anggota tubuh seperti kaki dan tangan. Bahayanya radang selaput otak ini boleh membawa risiko kematian. Oleh itu kita sebagai ibu bapa mesti prihatin terhadap SELESEMA, BATUK, DEMAM dan LESU.

Mengapa si kecil selesema? Ketika virus masuk ketubuhnya, timbul respon daripada sistem kekebalan tubuh seperti bengkak atau radang pada membran hidung. Virus tersebut akan mengganggu sel-sel lendir dan fungsi hidung yang boleh menyebabkan penghasilan lendir meningkat, akibatnya selesema dan bersin menyerang si kecil kita.

Sementara itu, batuk terjadi akibat virus yang menyerang tekak hingga menyebabkan kegatalan dan merangsang batuk. Jika anda kita bersin atau batuk, virus ini akan menular dan berjangkit kepada orang yang berhampiran dengannnya. 

Bagaimana pula dengan demam? Demam ialah kerana reaksi tubuh anak ketika melawan jangkitan. Lesu pula terjadi kerana anak yang sedang sakit merasa tubuhnya tidak selesa. Tempoh pengeraman (inkubasi) selesema iaitu dari masukkan virus ke dalam tubuh hinggalah timbul gejala penyakit rata-rata  2hari dengan jarak waktu antara 1-4hari. Setelah itu, barulah timbul pelbagai gejala selesema yang akan bertahan selama 3-7hari.

Bagaimana cara untuk kita mengurangi gejala selesema

Selesema tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan. Walaupun begitu mengurangi gejala tersebut boleh sahaja dilakukan dengan memberikan ubat yang tepat. Pemberian ubat-ubatan ini tidak boleh sembarangan dan harus mengikut preskripsi doktor. Ubat seperti parasetamol boleh diberikan dengan selamat jika anak berusia 1tahun ke atas dan mempunyai berat badan melebihi 5kg.

Panduan buat Ibu pula;

Secara umumnya, pemyakit ini disebabkan oleh virus akan sembuh dengan sendirinya. Tetapi ingat, sebagai ibu, anda tidak boleh menganggap perkara ini sangat remeh. Disini Na ingin berkongsi tips jika si kecil kita selesema:
  • Pastikan anak kita mendapat rehat yang secukupnya. Kurangkan aktiviti fizikal.
  • Berikan susu ibu dengan lebih banyak. JANGAN gantikan susu ibu dengan memberikan AIR KOSONG kepada bayi kerana ini boleh memudaratkannya.
  • Terus memberikan makanan yang berkhasiat, dengan cara ini tubuh anak kita akan membentuk antibodinya sendiri
  • Sediakan air panas dan bawa si kecil menghirup wap tersebut
  • Jika anak berusia 1tahun ke atas, berikan air suam bercampur sedikit madu dan lemon.

Monday, 10 November 2014

5 Jenis Makanan Meredakan Migrain

Assalamualaikum.......erm pagi ini Na kan menceritakan tentang MIGRAIN. Apa itu Migrain ye? MIGRAIN ialah salah satu jenis sakit kepala yang dihidapi orang ramai. Pelbagai punca menyebabkan migrain. Mungkin hanya dengan bunyi bising maka migrain datang menyerang, boleh jadi jugak kerana cahaya. Migrain dikategorikan sebagai sakit kepala sebelah, berdenyut dan paling dahsyat apabila membawa kepada mual dan muntah yang teruk.


Serangan ini boleh berlaku diantara satu hingga ke dua jam dan boleh berlaku beberapa kali dalam seminggu. Tidak dinafikan migrain boleh menyebabkan penghidapnya tertekan terutama jika ia kerap melanda. Ini boleh menjejaskan rutin harian kerana terlalu sakit.

Oleh yang demikian tiada cara lain dengan menelan pil penahan sakit. Walhal pengambilan pil sebegini adalah tidak elok. Sekiranya anda penghidap migrain dan mahu mencari kaedah semulajadi untuk mengurangkan masalah ini, anda boleh mengamalkan pemakanan  berikut.

Disini Na akan berkongsi tentang lima makanan yang boleh dikatakan mampu meredakan migrain.

Brokoli
Biasanya migrain akan menyerang apabila tubuh mengalami kekuragan magnesium didalam tubuh dan ketika ini sel-sel migrain akan bertindak aktif. Bagi mengelakkan berlakunya kekurangan ini, anda dinasihatkan agar tidak melupakan untuk mengambil sayuran hijau yang mengandungi Riboflavin yang tinggi seperti brokoli. hasiat brokoli dikatakan mampu membantu menyeimbangkan kekekurangan magnesium dalam badan sekali gus menghindari serangan migrain.

Yogurt
Yogut atau susu masam dikatakan mempunyai khasiat vitamin B yang sangat bermanfaat untuk kesihatan dan fungsi tubuh agar berfungsi dengan baik. Vitamin yang dikenali sebagai riboflavin ini berperanan untuk menambah tenaga dan dapat meredakan rasa sakit dibahagian kepala.

Telur
Memang betul, telur diambil dalam kadar yang berlebihan sanagt tidak baik untuk kesihatan. Tetapi anda erlu tahu bahawa kandungan protein yang terdapat dalam telur dapat membantu mengawal kadar glukosa dalam darah dan seterusnya dapat memberikan tenaga kepada tubuh utnuk menjalankan aktiviti sepanjang hari tanpa gangguan sakit kepala. Dengan mengambil telur separuh masak untuk bersarapan dikatakan dapat amat baik untuk memberikan tenaga kepada tubuh.

Bayam
Bagi wanita pula kedatangan haid biasanya akan menyebabkan tubuh kehilangan banyak megnesium. Jadi jika anda tidak bersedia migrain akan menyerang. Oleh itu elakkan pengambilan pil sebaliknya sediakan sayur bayam dirumah. Bayam sangat dikenali sebagai makanan yang mengandungi kadar magneseium yang tinggi dan juga kaya dengan mineral yang akan membantu mengatasi masalah ini.

Susu Rendah Lemak
Percayalah dengan pengambilan minuman yang kaya dengan kalsium ini dapat membantu mengatasi ketegangan pembuluh darah yang akan mempengaruhi transmisi impuls saraf. Seperti yang diketahui apabila berlakunya gangguan ini, ianya akan mengakibatkan kepala menjadi berat dan dada akan berdebar-debar. Jadi jangan lupa dalam setiap hidangan selitkan pengambilan susu rendah lemak ini. Anda jangan culas ye untuk meminumnya kerana ia sangat baik bagi anda yang menderita kerana MIGRAIN.

Selain dengan cara mengambil lima pemakanan etrsebut, disini juga Na akan memberikan Tips atau cara lain bagi mengelakkan migrain ini dari terus melanda diri anda. Antaranya ialah dengan:

Senaman Ringan
Anda jangan la mengamalkan sikap malas untuk bersenam. Peruntukkan dalam 30minit setiap hari untuk bersenam atau melakukan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh contohnya berkebun, mengemas rumah, dan lain-lain cara. Hal ini dapat membantu anda mendapatkan tubuh dan minda yang sihat.

Kenal Pasti Cuaca
Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu kita hendaklah merancang waktu untuk berada diluar rumah. Jangan terlalu lama berada diluar rumah atau pejabat jika cuaca terlalu panas kerana dikhuatiri akan diserang migrain.

Jangan Abaikan Makan
Sudah pastinya anda mengenali diri dan keadaan diri anda sendiri. Bagi mereka yang menghidap migrain jangan sesekali mengabaikan waktu makan anda ye. Perut yang kosong akan meningkatkan risiko untuk anda mendapat serangan migrain.

Ingat kawan-kawan,serangan Migrain tidak mengenal jantina dan akan menyerang dengan tiba-tiba. Jika anda penghidap Migrain berusahalah menjaga kesihatan diri, agar diri anda BEBAS dari Migrain,.

Thursday, 6 November 2014

Masalah Keputihan-Punca Dan Cara Rawatan


Keputihan atau lelehan lendir yang keluar dari faraj wanita ada pelbagai sifatnya dan berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain.

Keputihan biasanya berwarna jernih atau kelabu keputihan. Lazimnya, jika keputihan tiada berubah warna kekuningan atau kehijauan bermakna tiada jangkitan.

Sama juga jika keputihan bersifat berlendir dan tidak berbeku seperti susu basi atau berubah berbau hanyir, atau terdapat radang dan kegatalan pada faraj menandakan jangkitan.

Keputihan atau lendir faraj berubah akibat perubahan hormon, perubahan mental, jangkitan, ubatan, penyakit dalaman. Wanita mempunyai kitaran haid yang dipengaruhi oleh hormon.

Keputihan akan bertambah cair ketika ovulasi dan bertambah likat ketika hampir haid.Wanita yang dalam keadaan terangsang seksualnya juga boleh menambahkan lagi keputihan yang dialaminya.Keadaan stres mental juga boleh mengakibatkan perubahan hormon dan mengakibatkan keputihan berlebihan.

Begitu juga dengan penyakit dalaman seperti penyakit kencing manis, tiroid juga mengakibat ketidakseimbangan hormon dan cenderung kepada penyakit.Penyakit yang paling biasa menyebabkan perubahan lendiran faraj adalah jangkitan seksual seperti Bacterial vaginosis, Candida vaginitis, Trichomonas vaginitis, Gonorea, Chlamydia atau herpes.

Setiap satu jangkitan mempunyai sifat lendiran dan bauan tertentu. Dapatkan nasihat doktor untuk memastikan bahawa keputihan itu adalah cuma lendiran faraj biasa dan bukannya disebabkan oleh jangkitan.

Jika anda aktif dalam melakukan hubungan kelamin, maka anda perlu menjalankan ujian pap smear dan pemeriksaan pelvis.

Gunakan alas seluar dalam (panty liner) untuk mengurangkan lendiran dan radang pada kemaluan. Elakkan wangian dan pencuci antiseptik kerana ini akan memudaratkan keadaan.Ubat-ubatan untuk jangkitan adalah khusus dan ada kalanya perlu diulangi rawatannya. Suami atau pasangan seksual juga dinasihatkan untuk menjalani rawatan.


Petua Yang Boleh Dicuba

Cara Pertama

1.Ambil secekak pucuk pegaga dengan akarnya sekali dan bersihkan.
2.Kemudian anda rebuslah pucuk pegaga tadi bersama 2 gelas air bersih.
3.Masukkan sedikit garam kedalam air rebusan itu.
4.Setelah mendidih ,biarkan ia sehingga sejuk.
5.Apabila air rebusan telahpun sejuk,anda tapislah air rebusan itu.
6.Minum air tersebut 2 kali sehari.
7.Amalkan sehingga masalah keputihan dan rasa gatal itu sembuh.

Cara Kedua

1.Ambil 12 helai daun sireh dan bersihkanya.
2.Kemudian anda sediakan 1 liter air suam.
3.Ramas kesemua daun sireh tadi bersama-sama air suam tadi.
4.Tapislah air tersbut.
5.Gunakan air tapisan untuk mencuci bahagian alat sulit anda.
6.Selain dapat menghilangkan rasa gatal dan bau, petua ini juga dapat merapatkan kembali bahagian alat sulit wanita.
7.Lakukan sehingga anda dapat mengatasi masalah keputihan yang dialami.
Perhatian:Petua traditional ini hanyalah alternatif untuk rawatan yang didapati dari orang-orang tua terdahulu. Bagaimanapun anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor supaya tidak ada kesan sampingan dikemudian hari.

Surah-Surah diamalkan ketika mengandung

 


Assalamualaikum

Kenapa bila time pregnant nak macam2 ek? Especially masakan dari air tangan ibu sendiri, x kisah lah nasi kosong, telor mata ngan budu, janji mak yang buatkan.

Gitulah mak kan. Dia tak sampai hati tak memenuhi permintaan anak-anak. I love u Much my mummy...


Pada yg tgh pregnant / Mommy to be, Na nak share surah-surah yang patut diamalkan sewaktu mengandung.
 
Surah Yusuf: Untuk mendapatkan anak yang cantik.

Surah Luqman: Untuk mendapatkan anak yang bijak.

Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh.

Surah An-Nahl : 
ayat 78 

Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT).
Maksudnya: Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

Surah al-Fatihah

Surah Yaasin

Surah Kursi

Maksudnya: Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

Surah Al-Araaf : ayat 189

Maksudnya: Dia lah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu, dan Ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah ia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah ia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika ia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata):” Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur”.

Surah Al-Imran : ayat 8-9, dan 38 - 
Doa memohon anak yang baik.

Maksudnya: (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya”. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.

Maksudnya: Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.

Surah Ibrahim : ayat 40
 - Doa agar anak tetap mengerjakan solat

Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

Surah Al-Baqarah :  ayat 128 - Doa agar anak patuh kepada Allah SWT.

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;

Surah As-Sajdah : ayat 7-9 - Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik.

Maksudnya: Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah;

Maksudnya: Kemudian Ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang;

Maksudnya: Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.

Surah Al-Furqan : ayat 74 - Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

Maksudnya: Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

Semoga bermanfaat, InsyaAllah.

B Complex Shaklee Lengkap dengan Asid Folic

Salam petang semua.Hari ini saya  nak bercerita tentang vitamin B complex. Seperti kita sedia maklum, kita memerlukan vitamin dan mineral untuk mengekalkan kesihatan. Antara vitamin yang kita perlukan untuk kekal sihat adalah vitamin B complex.  Bukan orang mengandung je yang perlukan B complex tau..



Vitamin B Complex adalah merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang larut air. Komponen B Complex terdiri daripada:

 

1. B1 (thiamin)

2. B2 (riboflovin)

3. B3 (niacin)

4. B5

5. B6 (pyridoxine)

6. B12 (cobalamine)

7. Acid folic

8. Asid panthothenic

9. Biotin

Setiap komponen dalam vitamin B Complex memiliki fungsi khusus. Vitamin ini membantu dalam fungsi sistem pertahanan tubuh dan saraf yang sihat. Ia juga membantu dalam penghasilan sel darah merah dan mampu mencegah anemia.


Tanda - tanda Kekurangan B Complex


  • Depresi
  • Murung
  • Insomnia
  • Kurang selera makan
  • Sembelit
  • Masalah lidah (lidah menjadi merah,sakit,bengkak atau kurng deria rasa)
  • Kurang konsentrasi
  • Mudah tersinggung
  • Melemahkan sistem saraf
  • Mengganggu fungsi otak
  • Pembentukan abnormal sel.
  • Kurang konsentrasi


KELEBIHAN B COMPLEX SECARA UMUM

 

1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
6. Mencegah stress.
7. Menguatkan antibodi tubuh.
8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
11. Mencegah anemia.



KELEBIHAN B COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK

1. Merangsang pertumbuhan.
2. Meningkatkan kemampuan berfikir.
3. Memberikan tambahan tenaga.




KELEBIHAN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA

 

1. Menambah tenaga.
2. Mengurangkan stress.
3. Melambatkan proses uban di rambut.
4. Membantu meningkatkan konsentrasi.
  



KELEBIHAN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG

 

1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).

Pernahkah anda mengambil vitamin B Complex Shaklee dan merasakan baunya sangat teruk dan meloyakan?

Sebenarnya bau pada B complex adalah satu petanda yang sangat bagus. Ini kerana ia memberi maksud bahawa B Complex Shaklee adalah B-Complex yang lengkap. Bahan yang menyebabkan bau kurang menyenangkan ialah Thiamin, salah satu komponen dalam vitamin B. Thiamin memberi bau kepada B complex, termasuklah bau kencing kerana ia larut air dan disingkir melalui kencing.

Vitamin Shaklee memang berbau kerana ia tidak mengandungi sebarang pewarna atau perisa. Tambahan pula ia adalah vitamin yang dihasilkan dari sumber natural. Bila dicampur perisa dan pewarna, hilanglah identitinya sebagai vitamin natural.

Vitamin B Complex Shaklee juga memberi beberapa kesan seperti merasa panas, rasa haus, rasa lesu, sekiranya ia pertama kali anda mengambilnya. Jangan risau kerana ia adalah normal. Ia memberi mesej bahawa tubuh anda sedang berinteraksi dengan vitamin B complex tersebut.

Sekiranya anda mengalami perkara-perkara seperti di atas, bertenanglah dan minumlah air banyak-banyak.

Manakala untuk mengurangkan bau B-Complex Shaklee, anda disarankan menyimpan vitamin tersebut di dalam peti sejuk.

Jadi, ambillah Shaklee tanpa ragu2 kerana B complexnya adalah lengkap dan asli. Haruslah anda berhati2 sekiranya vitamin B complex jenis lain yang anda ambil tidak memberi kesan2 seperti rasa haus, dan kencing berwarna kuning serta berbau… Mungkin ia vitamin B yang tidak lengkap?

Wednesday, 5 November 2014

Kurus dengan Sihat dan Selamat


Sebelum tu, kita tengok dulu produk yang terkandung dalam set kurus shaklee dan membantu anda untuk menurunkan berat badan dan mendapatkan bentuk badan yang menarik dan menawan dengan sihat serta selamat






BAKAR LEMAK

Untuk membakar lemak-lemak yang dah bertepek kat dalam badan tu, dicadangkan mengambil OmegaGuard atau Lecithin atau kedua-duanya sekali..Lecithin membantu mengelmulsikan lemak dan Omega Guard membantu mengawal selera makan dengan mengimbangi paras gula dalam badan. Kedua-duanya bertindak dalam memecahkan dan membakar lemak dan kolesterol yang berlebihan dalam badan…

BUANG LEMAK

Dah bakar lemak tapi jika tak buang sama jugak..proses ini dinamakan detox…Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien..cadangan yang sesuai untuk proses detox adalah Alfalfa Complex  atau Herb Lax…Herb Lax sangat sesuai untuk orang2 yang ada masalah sembelit. tapi tidak sesuai untuk diambil oleh ibu2 yang menyusu anak kerana bimbang akan memberi kesan cirit birit kepada anak…

BINA OTOT

Kenapa perlu mengambil protein? Kerana apabila lemak diuraikan daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. Bila otot dalam badan anda lebih banyak, maka lebih mudah berlaku pembakaran lemak-lemak. Bagi anda yang sedang dalam proses mengawal berat badan, pastikan protein terkandung dalam setiap makanan anda. Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Untuk protein terbaik, anda boleh memilih samada Cinch Shake atau jika anda ibu yang menyusukan anak, jangan ambil Cinch Shake ni, tapi gantikan dengan ESP/ MealShake (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan).

Pil Kalsium untuk Ibu Hamil



Ada tak ibu-ibu yang tidak pernah mengalami gejala sakit pinggang ketika hamil?

Bolehkah ibu-ibu hamil menyediakan makanan yang mempunyai kalsium dan magnesium setiap hari? Ibu hamil perlu makan makanan seperti susu, keju, yogurt, makanan laut, sayuran hijau dan sebagainya.

Jangan risau! Jika ibu-ibu sukar menyediakan makanan tersebut shaklee ada menyediakan vitamin yang lengkap dengan kalsium dan magnesium iaitu Ostematrix.

    #boleh melegakan sakit pinggang dan kejang kaki
    #bagus untuk pelawasan dan elakkan sembelit
    #membantu pembentukan janin bayi yang kuat
    #melegakan migrain
    #mencegah osteoporosis
    #Tidur lebih lena dan senang bangun di awal pagi

Sapa mahu tido lena sepanjang malam...ambil la OSTEMATRIX 4biji sebelum tido, wajib dibuai mimpi-mimpi yang sangat indah.

Na memang mengamalkannya setiap malam!!!
Anda bila lagi????

Nak try OSTE roger NA ye
019-9964834
1071733

Set Slimming yang Murah dan Berkesan

Assalamualaikum wbt semua

Mesti ada dikalangan kita sudah rimas dan sakit hati sangat-sangat bila digelar tong drum, pelampung, kuih apam dan sebagainya.Wajib timbul perasaan sedih yang teramat sangat, tapi jangan la bersedih ye. Sebab ada jalan penyelesaiannya, Inilah masa terbaik untuk kita kembali menyegarkan tubuh badan, membuang lemak-lemak yang tidak diperlukan dan bersiap sedia untuk bertemu orang ramai dengan tubuh yang lebih cantik menawan.

Caranya?

1)Bersenam, mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat, mengurangkan aktiviti iaitu tidak perlu tidur belebihan dan menjauhkan diri dari perkara yang dilarang agama seperti merokok, dan minum arak.

Disamping tu juga, kita bolehlah mengambil makanan tambahan sebagai pelengkap zat dan nutrisi yang diperlukan badan untuk menjadi lebih sihat.

Kini kita boleh mendapatkan berat badan dengan cara yang sihat dan betul.
Dengan supplement dari Shaklee, anda boleh:

1) Membakar lemak dengan berkesan
2) Menyah toksik dari badan anda
3) Membina otot dengan pengambilan protein yang bertepatan.


Anda akan kembali langsing dan sihat dengan berkesan serta selamat dengan mengamalkan Cadangan Supplement Slimming Dari Shaklee. Gunalah dengan yakin dan tanpa was-was
 
Dapatkan Set Slimming pilihan anda dengan harga mampu milik
 
Zuliana
019-9964834
1071733





Khasiat Buah Delima Untuk Ibu Hamil







Mengikut sejarah, buah delima secara tradisionalnya melambangkan kesuburan. Buah delima atau nama botaninya ialah Punica Granatum yang telah ditanam di Mesir sebelum zaman Nabi Musa. Ianya telah ditemui di Lembah Indus.Khasiat perubatan delima sudah dijumpai sejak 8000 tahun lalu oleh masyarakat Parsi Purba (Iran). Antara khasiatnya adalah :-

  • MENSTABILKAN PARAS KOLESTROL
    • Adalah sukar untuk mengekalkan tahap kolestrol dalam badan. Buah Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik di samping dapat menurunkan kolestrol yang buruk.

  • DELIMA MEMPUNYAI TAHAP ANTIOKSIDAN YANG TINGGI 
    • Buah Delima terbukti mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding pesaingnya seperti anggur merah dan teh hijau. Apabila anda memerlukan sumber antioksidan pada kehidupan seharian, anda perlu pastikan ia adalah antioksidan yang paling bagus. Buah Delima merupakan sumber terbaik untuk antioksidan.

  • MELAWAN PENYAKIT JANTUNG
    • Buah Delima dapat membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Ini adalah kaedah terbaik melindungi diri daripada penyakit jantung atau serangan jantung. Berdasarkan kajian terbaru, kandungan antioksidan dalam jus delima membantu menurunkan lemak pada dinding arteri. Antioksidan membantu membaiki sel yang rosak. Delima mengandungi 'flavonoids' dan 'polyphenols' yang tinggi, iaitu antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.

  • MERANGSANG TENAGA BATIN
    • Jus delima sangat kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada genitals (alat kelamin). Ia juga dapat mencegah ketidaksuburan dan kemandulan. Delima juga dikenali sebagai 'natural viagra' dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi.

  • MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN
    • Buah Delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Buah Delima dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. Tahap antioksidan yang tinggi dalam Buah  Delima akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua jenis penyakit. Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan jantung atau penyakit hati.

  • MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KENCING MANIS
    • Meminum jus delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima 3 bulan dapat merendahkan atherosclerosis (atau pengerasan pada arteries). Kata Penyelidik. "Dalam jus delima, gula bercantum kepada antioksidan yang unik, di mana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis".

  • MENGHALANG KEMASUKAN VIRUS HIV-1 DAN MOCROBICIDE
    • Keputusan eksperimen menunjukkan halangan kemasukan HIV-1 ke atas jus delima yang dapat meyerap kanji dalam badan. Virus kompleks yang diikat pada CD4 dan CXCR4/CCR5 dapat menahan sernagan virus utama A sehingga G dan juga kumpulan 0.

  • MENGELAKKAN KANSER KALENJAR PROSTAT
    • Kajian telah membuktikan bahawa jus delima dapat mengurangkan perkembangan kanser kalenjar prostat. Kebayakan pesakit berpuas hati dengan keputusan yang diterima di mana penggunaan delima dapat menyembuhkan kanser itu.

  • BUAH DELIMA MELAWAN KANSER PAYUDARA
    • Penyelidik mendapati bahawa minyak bijian daripada delima dapat memusnahkan sel kanser payudara dan mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada. Kajian lain di Universiti Chicago menemukan jus delima yang ditapai dan minyak bijian delima dapat membantu mengelakkan kanser payudara. Kajian di Winsconsin pula mendapati bahawa jus delima dapat menghalang pembesaran sel kanser kulit.

  • MERENDAHKAN TEKANAN DARAH
    • Salah satu masalah kesihatan utama yang dihadapi oleh manusia pada masa kini adalah menghidapi tekanan darah yang tinggi pada usia tua. Kandungan antioksidan pada delima mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.

  • MENGUATKAN KESIHATAN GIGI
    • buah Delima diketahui dapat mengurangkan pembentukan plak pada gigi. Gigi yang sihat dapat diperolehi selain dari menggunakan khidmat doktor yang pakar. Ini adalah kaedah yang dapat mengelakkan pengguna dari kehilangan gigi.

  • MENCEGAH DARIPADA PENYAKIT ALZHEIMER (Nyanyuk)
    • Pengkaji daripada Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt mengenalpasti bahawa sesiapa yang meminum jus delima tiga kali atau lebih setiap minggu dapat menurunkan 76 peratus pertumbuhan tanda penyakit Alzheimer's daripada mereka yang meminum kurang daripada satu sajian setiap minggu.

  • MENGURANGKAN BATUK DAN ASTHMA
    • Kandungan asid askorbik ( vitamin C ) yang tinggi pada buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.

  • MENGANDUNGI KEPELBAGAIAN VITAMIN
    • Buah Delima mengandungi 'potassium' yang tinggi, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitamin-vitamin A, B1, B2, B3 dan C. Mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali hamil atau lebih dari 3 kali kehamilan). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.

  • BUAH DELIMA AMAT DISYORKAN DIAMBIL OLEH IBU-IBU HAMIL
    • Jika diambil semasa awal kehamilan, ia dapat mengelakkan 'morning sickness'
    • Menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya)
    • Menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungdi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)
    • Menjadikan kulit bayi sihat, gebu dan cantik
    • Menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)

  • MELINDUNGI OTAK BAYI
    • Kajian Pediatrik mendapati meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juda dapat membantu untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Sebagai tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi 'potassium' di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.

Tuesday, 4 November 2014

Warna Mempengaruhi Aura Penampilan

Assalamualaikum.....entry hari ini, na nak citer tentang warna la...Warna ni sangat mempengaruhi aura penampilan kita. Adakah anda semua tahu yang warna mempunyai aura tersendiri. Pemilihan warna yang tepat dan terbaik akan membuatkan kita tampil anggun dan lebih menawan. Warna bukan sahaja dipilih berdasarkan tona kulit atau kegemaran sebaliknya ia berdasarkan hari.

Setiap hari mewakili warna-warna tertentu pemakaian baju atau aksesori mengikut warna tersebut yang akan menyerlah aura positif dalam diri kita. Jom kita kenali aura warna mengikut hari.

Putih Polos
Hari isnin merupakan permulaan hari, lantaran itu amat penting untuk kita memilih rona pakaian yang sesuai untuk membantu kita membangkitkan mood. Putih adalah pilihan yang sangat sesuai kerana ianya warna polos dan suci. Selain itu ia dapat membantu minda kita relaks dan persiapkan diri untuk memulakan hari. Warna putih memberikan impak bersih dan tenang kepada si pemakai. Tidak semestinya anda menggayakan semua busana putih sebaliknya sedikit palitan wana ini sudah mencukupi.


Kekuatan Merah Jambu dan Ungu
Rona-rona lembut sentiasa menjadi pilihan terutamanya kaum Hawa. Merah jambu dan ungu mewakili imej sopan dan manis. Warna ini memberikan aura yang sangat positif. Pemakaiannya menjadi lebih bersemangat dan yakin untuk kita melaksanakan segala urusan atau tugasan yang diamanahkan. Gayakanlah salah satu rona ini  dan nikmati sensasi aura warna tersebut.

Biru Adalah Hari Membuat Keputusan
Bagi orang yang sangat arif tentang warna, mereka akan memilih warna Biru untuk hari Rabu. Ini kerana, Biru melambangkan ketenangan, kematangan, dan rasional. Warna biru juga akan mempengaruhi agar dapat membuat keputusan yang tepat dan bijak.

Oren & Kuning Menceriakan
Hari Khamis adalah hari yang sangat sibuk bagi kebanyakan orang. Hari berikut adalah kemuncak untuk memastikan urusan minggu tersebut berjalan lancar. Lantaran itu, Warna Kuning dan Oren atau Jingga dijadikan pilihan. Warna ini mempunyai tenaga luar biasa ianya dapat membiaskan keceriaan dan mebuatkan si pemakai aktif serta bertenaga.

Hijau Menyegarkan
Melihat warna hijau bagaikan terapi selepas berpenat lelah. Warna ini amat sesuai digayakan pada hari Jumaat. Aura Hijau dapat memancarkan kesegaran dan memberi terapi istimewa kepada kita. Pilih kumpulan warna rona hijau yang sesuai dengan diri anda, sama ada hijau muda, pucuk pisang atau hijau tua....

Merah Penuh Tenaga.
Selepas memerah otak, Sabtu adalah hari untuk beristirehat bersama  keluarga atau kawan-kawan. Pastinya hari tersebut penuh dengan aktiviti menarik, jadi usah ragu-ragu untuk menggayakan rona merah. Bukan sahaja menarik perhatian malah warna ini dapat memberikan tenaga luar biasa buat kita.

Hitam Penutup Hari
Ahad adalah hari yang memang fully untuk berehat kat rumah, anda memerlukan privasi untuk menenangkan fikiran dan merehatkan tubuh bagi memulakan hari baru. Rona-rona gelap dapat membantu kita mendapatkan mood bagi tujuan tersebut.


Kenapa Kita Patut Memilih Omega Guard Shaklee???


Sangat hebat sebab bulan ni Promo Shaklee datang lagi. Sepanjang November 2014 ini harga istimewa untuk Shaklee Omega Guard. Jadi sempena offer Omega Guard ni, entry hari ni nak bercerita sikit perihal tentang Omega Guard Shaklee. Siapa patut ambil? Apa kelebihan Shaklee Omega Guard? Apa kebaikannya?


Apa kelebihan Omega Guard Shaklee berbanding minyak ikan jenama lain?

    • Merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi kesemua 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuklah EPA, DHA dan ALA.
    • Rata-rata minyak ikan diekstrak melalui kaedah penyulingan tekanan tinggi yang memusnahkan kebanyakan nutrient dan tidak mampu menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan.
    • Shaklee Omega Guard diesktrak melalui proses penyulingan 3 peringkat berteknologi tinggi yang bukan sahaja mengekstrak asid lemak Omega 3 yang paling tulen malah menyingkirkan bahan-bahan logam berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik dan lain-lain. Maka Shaklee Omega Guard adalah minyak ikan paling tulen.
    • Tidak diekstrak dari hati minyak ikan yang mengandungi toksik.

 

Apa kebaikan Shaklee Omega Guard?

    1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
    2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
    3. Mencegah pembekuan darah dalam badan, mencegah salur darah dari tersumbat dan mengelakkan strok
    4. Mengekalkan tekanan normal darah dan mengurangkan ketegangan urat leher serta sakit kepala
    5. Merendahkan kolestrol dan mengurangkan risiko penyakit jantung
    6. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
    7. Membakar lemak dengan cepat dan meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan (cepat kenyang dan kurang nafsu makan) memberi kesan hebat dalam proses pelangsingan badan
    8. Sangat bagus untuk ibu hamil kerana membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
    9.  Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
    10. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak terutama yang sering demam, selesema, batuk berkahak, asthma dan ekzema.
    11. Membantu menyihatkan paru-paru dan memelihara buah pinggang
    12. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti ekzema psoriasis
    13. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus)
    14. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
    15. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
    16. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
    17. Memelihara fungsi-fungsi sendi, mengatasi kebas-kebas dan lenguh-lenguh badan
    18. Mencegah penyakit gout dan insomnia
    19. Mengurangkan tekanan emosi, kemurungan dan kebimbangan terutama mengelakkan meroyan di kalangan ibu dalam pantang
    20. Mengurangkan masalah schizophrenia

 


Siapa patut amalkan Omega Guard?



    • Warga emas
    • Pesakit Jantung
    • Wanita yang telah melahirkan anak
    • Pesakit darah tinggi
    • Orang yang selalu lupa
    • Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
    • Pelajar
    • Ibu menyusu
    • Ibu hamil (trimester 2 ke atas).
    • Mereka yang mahu sihat
    • Mereka yang mahu kuruskan badan dengan cara yang sihat 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...